Rendang Rusa, Landak, Kulit Lembu Antara Hidangan di Restoran Lembah Bernam

Oleh: Mymuslimin.com

Kepada mereka yang gemar mencabar selera dan ingin mencuba menu eksotik yang lain daripada yang lain, jemput datang ke Restoran Lembah Beringin di Sekinchan kerana anda akan disajikan dengan menu luarbiasa yang sememangnya jarang anda jumpa. Ini bukan menu biasa orang kampung kerana di antara hidangan yang tersedia ialah rendang rusa, landak masak hitam, kulit lembu masak lemak, arnab masak merah dan belut masak hitam. 

Selain bukan daging biasa, terdapat juga ikan-ikan sungai seperti ikan puyu, ikan baung, ikan tapah, ikan sepat, ikan patin yang digoreng dan digulaikan untuk dinikmati pelanggan. Ayam hutan dan udang galah juga ada, tetapi sebelum cedok masuk ke dalam pinggan, lihatlah dulu harganya. Jangan sudah dibeli baru nak snap and post untuk mengadu harga mahal. Udang galah dijual sekitar RM8 seekor, rendang rusa semangkuk RM20, arnab RM16, urat keting RM11, yang penting semua tanda harga dipapar agar senang pelanggan membuat keputusan. 

Rendang rusa yang cukup perisa

Tidak lengkap pula hidangan jika tiada sambal belacan dan ulam-ulaman. Jangan risau,  pelbagai jenis ulam termasuk pucuk ubi, pucuk betik, jantung pisang, ulam raja, tenggek burung dihidang sebagai pilihan. Selain makanan nasi campur, Restoran Lembah Bernam juga menawarkan makanan ringan tempatan seperti beraneka kerepek, keropok, ikan masin dan ikan pekasam.

Sudah dibahagikan dalam mangkuk. Hanya ambil dan bayar.

Masakan di Restoran Lembah Bernam ini sedap dan memenuhi citarasa orang Malaysia cuma boleh dikatakan semua masakan dihidang sejuk termasuk nasi. Kombinasi nasi sejuk, gulai sejuk dan ikan goreng sejuk, selera pun bertukar ‘sejuk’ juga. 

Beraneka ikan sungai sebagai pilihan

Patin tempoyak

Campur dua air, bil berharga RM55

Kawasan restoran ini luas, terbuka, bersih dan selesa, dan mereka juga menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi di sisi restoran. Untuk mereka yang berada di sekitar Sekinchan, marilah cabar selera di sini.  

Restoran Lembah Bernam, Sekinchan
Jalan Main Canal, Tali Air 9, Sekincan,, Pasir Panjang, Selangor
Masa Operasi: 11 pagi – 5 petang setiap hari kecuali Jumaat

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑