Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةٌ، فَعَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ ،
“Siapa yang menghidupkan sunnah dalam Islam, dia mendapat pahalanya sekali gus pahala siapa sahaja yang mengamalkannya dengan tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.
(HR. Muslim no. 1017)
Meletakkan Tangan Kanan di Bawah Pipi Kanan Ketika Tidur
Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. 6312 dan 6314, daripada Huzaifah bin Yaman:
كانَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ إِذا أَخَذَ مضجعه مِن الليل، وضع يدَهُ تَحْتَ خَدِهِ، ثُمَّ يقولُ: اللَّهُمَّ باسْمِكَ أموتُ وأحيا وإذا استيقظ قالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya: “Apabila Nabi hendak tidur malam, baginda biasanya meletakkan tangannya di bawah pipinya, sambil membaca doa: Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup. Dan, apabila bangun tidur, baginda membaca: Segala puji hanya bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami dan hanya kepada-Nyalah kami dibangkitkan.”
Dalam perkara ini, al-Bukhari menulis bab: Meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan.
Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Baarii 11/119 dalam hadis itu tidak disebutkan kata ‘Al- Yumna‘ yang bererti kanan. Perkataan itu hanya terdapat dalam riwayat Syarik dan Muhammad bin Jabir daripada Abdul Malik bin Umair.
Ibnu Hajar pula menjelaskan, dalam hadis al-Bukhari hanya isyarat yang digunakan (tidak mencantumkan kata yumna) kerana perkataan itu sudah disebutkan pada hadis-hadis yang lain. Hadis Syarik ini diriwayatkan oleh Ahmad daripada jalur periwayatannya. Hadis daripada Al-Bara’ pula diriwayatkan oleh Nasai daripada jalur Abu Khauthamah dan At-Tauri daripada Abu Ishaq, yang berbunyi :
كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ وَضَعَ يَدَهُ – يعني اليمنى – تَحْتَ خَدِهِ ثُمَّ
قَالَ اللهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ – أو تجمع – عِبَادَكَ
Maksudnya: “Apabila Nabi SAW hendak tidur, baginda meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanan. Lalu baginda mengucapkan, ‘Ya Allah, jagalah diriku daripada pedihnya azab-Mu pada hari Engkau membangkitkan hamba-Mu.”
Hadis ini adalah hadis sahih, dengan sanad daripada Hafsah. Hanya ada sedikit tambahan, sahih “Rasulullah SAW mengucapkan sebanyak tiga kali.”
Hadis Hafsah redaksi Nasai no. 2367 di atas, diakui oleh Syeikh Albani sebagai hadis hasan sahih. Ia terdapat dalam kitab Al-Kubra no. 2688. Manakala hadis Al-Bara’ redaksi Nasai no. 10520 dalam Al-Kubra turut disebutkan oleh al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad no. 1215, Tirmizi no. 3399 dan Musnad Ahmad no. 18472 dan Ibnu Hibban no. 5522. Hadis ini disahihkan oleh Syeikh Albani dalam As-Sahihah no. 2754.
Catatan:
- Tambahan yang disebutkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam hadis Hafsah (tiga kali) adalah tambahan yang tidak sahih sebagaimana yang diterangkan oleh Syeikh Albani kerana tiga alasan. Sila rujuk dalam kitab As-Sahihah 6/1/587-589 yang menerangkan lebih mendalam dan lengkap dengan dalilnya.
- Perbahasan ini hanya membahas peletakan tangan kanan di bawah pipi kanan. Bagaimanapun, tidur dengan meletakkan tubuh badan di sebelah kanan, dalil-dalilnya telah diketahui masyarakat umum, terutama oleh para agamawan. Dalilnya dapat di lihat dalam kitab As-Sahihain dan selainnya serta pada kitab-kitab doa dan adab.
Sumber: 100 Sunnah Yang Hampir Dilupakan oleh Haifa Abdullah Al-Rasyid
Leave a comment