Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةٌ، فَعَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ ،
“Siapa yang menghidupkan sunnah dalam Islam, dia mendapat pahalanya sekali gus pahala siapa sahaja yang mengamalkannya dengan tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.
(HR. Muslim no. 1017)
Meminta Izin 3 Kali Sebelum Masuk Ke Rumah Orang, Sekiranya Tidak Hendaklah Pulang
Allah SWT berfirman:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَدْخُلُوا۟ بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّىٰ تَسْتَأْنِسُوا۟ وَتُسَلِّمُوا۟ عَلَىٰٓ أَهْلِهَا ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌۭ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (٢٧) فَإِن لَّمْ تَجِدُوا۟ فِيهَآ أَحَدًۭا فَلَا تَدْخُلُوهَا حَتَّىٰ يُؤْذَنَ لَكُمْ ۖ وَإِن قِيلَ لَكُمُ ٱرْجِعُوا۟ فَٱرْجِعُوا۟ ۖ هُوَ أَزْكَىٰ لَكُمْ ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌۭ (۲۸)
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu). Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu “baliklah”, maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.”
(Surah An-Nur 24: 27-28)
Menurut Al-Hafiz Ibnu Kathir, ayat ini mengandungi berbagai adab diajarkan oleh Allah kepada hamba-Nya yang beriman.Apabila hendak masuk ke rumah orang lain, hendaklah meminta izin. Allah melarang kita masuk ke rumah orang lain sebelum memberi salam dan meminta izin. Berilah izin sebanyak tiga kali, sekiranya diizinkan masuklah dengan mengucapkan salam. Sekiranya tidak diizinkan, hendaklah kita pulang. Inilah adab atau akhlak yang ditegaskan di atas. (Tafsir Ibnu Kathir 4/41 cetakan Ar-Rusyd)
Terdapat juga hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya no. 6245 bab: Mengucapkan salam dan meminta izin sebanyak tiga kali.
Abu Sa’id Al-Khudri berkata, “Aku pernah berada dalam sebuah majlis kaum Ansar, waktu itu datanglah Abu Musa dengan raut muka ketakutan.Dia berkata, ‘Aku meminta izin kepada Umar sebanyak tiga kali, tetapi dia tidak memberi izin kepadaku. Setelah itu, aku terus pulang! Abu Sa’id berkata, ‘Apa alasanmu untuk terus pulang?’ Abu Musa menjawab, ‘Aku telah meminta izin sebanyak tiga kali, tetapi Umar tidak mengizinkanku, maka aku pun terus pulang. Ini kerana Rasulullah pernah bersabda:
إذَا اسْتَأْذَنَ أَحَدُكُمْ ثَلَاثًا فَلَمْ يُؤذَنَ لَهُ فليرجع
“Apabila salah seorang di antara kamu telah meminta izin sebanyak tiga kali tetapi tidak diizinkan, hendaklah dia pulang.”
Abu Sa’id berkata, “Kamu sepatutnya membawakan saksi di atas pernyataanmu itu. Siapakah di antara kamu yang mendengar Nabi SAW bersabda demikian?’ Ubay berkata, ‘Demi Allah, tidak ada seorang pun yang memberikan kesaksian kepadamu (Abu Musa) melainkan sahabat yang paling muda. Akulah sahabat yang dimaksudkan itu’ Aku pun bangun untuk memberikan kesaksian, lalu menyatakan kepada Umar bahawa Nabi SAW telah bersabda demikian.”
(HR Muslim 2153)
Sumber: 100 Sunnah Yang Hampir Dilupakan oleh Haifa Abdullah Al-Rasyid
Leave a comment