Sunnah Yang Hampir Dilupakan: Berubat dengan Madu

Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةٌ، فَعَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ

Maksudnya: “Siapa yang menghidupkan sunnah dalam Islam, dia mendapat pahalanya sekali gus pahala siapa sahaja yang mengamalkannya dengan tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.

(HR. Muslim no. 1017)

Berubat Dengan Madu

Allah SWT berfirman:

يَخْرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌۭ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌۭ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةًۭ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ (٦٩)

Maksudnya: “… (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai- bagai penyakit)…” 

(Surah An-Nahl 6)

Ibnu Kathir dalam Tafsirmya 3/218 menjelaskan, maksud di dalam madu itu terdapat ubat yang menyembuhkan manusia, adalah menyembuhkan berbagai penyakit yang menjangkiti mereka. Beberapa pakar perubatan cara nabi berkata,

“Jika disebutkan,
فِيهِ الشفاءُ النّاس
bererti madu adalah ubat daripada segala jenis penyakit. Namun, Allah berfirman:
فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ
maksudnya madu itu baik kepada sesiapa sahaja sebagai ubat.

Penyakit biasanya dingin dan madu itu panas. Oleh itu, ia dapat menyembuhkan dengan sifat kontranya.

1. Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 

“Perubatan itu ada 3 jenis: minum madu, bekam (blood cupping) dan kay (menempelkan besi panas pada bahagian yang terluka). Akan tetapi, aku melarang umatku berubat dengan kay.”

(HR. al-Bukhari no. 5680 dan 5681)

2. Abu Sa’id Al-Khudri berkata,

“Ada seseorang datang kepada Nabi SAW, lalu berkata, ‘Saudara mengalami cirit-birit.’ Lalu baginda menyarankan, ‘Berikanlah dia madu.’ Kemudian dia pun memberikan madu kepada saudaranya. Setelah itu, dia menemui baginda lagi, lalu berkata, ‘Aku telah memberinya madu, tetapi belum sembuh juga.’ Baginda tetap menyarankan untuk memberikannya madu sehingga 3 kali. Pada kali keempat, lelaki itu menemui baginda, tetapi baginda tetap berkata, ‘Berikan dia madu. Lelaki itu berkata, ‘Aku telah memberikannya madu, tetapi dia belum sembuh juga.’ Rasulullah pun bersabda yang bermaksud: “Maha benar Allah dan telah dusta perut saudaramu.” Setelah itu, lelaki tersebut minum dan dan barulah penyakit cirit-biritnya sembuh.

(HR. al-Bukhari no. 5684 dan Muslim no. 2217)

Ibnul Qayyim membahas persoalan ini di dalam Zaadul Ma’aad 4/33-36 hal. 340.  Beliau menjelaskan, madu mengandungi manfaat yang sangat besar. Ia dapat menghilangkan segala kekotoran yang ada di dalam peluh, usus dan organ lainnya. Sangat sesuai untuk campuran makanan basah dan dingin. Sangat berguna untuk di ambil oleh orang tua dan penderita gangguan pernafasan.

Madu merupakan makanan, ubat, minuman, manisan yang enak dan menyenangkan. Itulah ciptaan Allah untuk kita. Tiada makanan lain yang hampir sama atau lebih hebat daripada madu. Para ulama dahulu mengamalkan pengambilan madu.

Kebanyakan kitab para ulama dahulu tidak menyebutkan manisan yang diperbuat daripada gula. Bahkan, mereka tidak mengenali gula kerana gula baru ditemui pada zaman ini.

Ibnul Qayyim juga menjelaskan, perubatan Nabi SAW berbeza dengan perubatan para doktor. Perubatan Nabi bersifat pasti dan meyakinkan, bersumber daripada wahyu Ilahi, daripada penyingkapan kenabian dan daripada akal yang sempurna. Sedangkan, perubatan lain hanya berdasarkan kira-kira dan andaian.

Oleh kerana itu, perubatan Nabi SAW sesuai untuk tubuh yang baik, sebagaimana perubatan Al-Quran yang jiwa yang baik dan hati yang hidup.

Sumber: 100 Sunnah Yang Hampir Dilupakan oleh Haifa Abdullah Al-Rasyid

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑