Sunnah Yang Hampir Dilupakan: Berwuduk Jika Ingin Mengulangi Hubungan Intim

Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةٌ، فَعَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ

Maksudnya: “Siapa yang menghidupkan sunnah dalam Islam, dia mendapat pahalanya sekali gus pahala siapa sahaja yang mengamalkannya dengan tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.

(HR. Muslim no. 1017)

Berwuduk Jika Ingin Mengulangi Hubungan Intim

Abu Said Al-Khudri menceritakan, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Jika salah seorang di antara kamu mendatangi isterinya (bersetubuh) kemudian ingin mengulangnya kembali, hendaklah dia berwuduk.”

(HR. Muslim no. 308, Abu Daud no. 220, Ibnu Majah no. 587 dan Tirmizi no. 141)

Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dalam Al-Musannaf no. 873 daripada Salman bin Rabi’ah menceritakan Umar berkata, “Wahai Salman, jika engkau bersama ingin mengulang isterimu engkau kemudian (hubungan), apa yang kau lakukan?”

Salman bertanya semula, “Apa yang harus aku lakukan?”

Umar menjawab, “Berwuduklah di antara keduanya.”

Berkenaan dengan hadis ini dan masalah yang kita kaji, Imam an-Nawawi menulis dalam bab berjudul “Bab dibolehkan tidur dalam keadaan junub dan disunnahkan berwuduk sekali gus membasuh kemaluan jika ingin makan, minum, tidur, atau mengulangi hubungan intim.”

Menurut Imam an-Nawawi dalam Syarah Muslim 2/222, “Kesimpulan hadis, dibolehkan bagi orang yang berjunub untuk tidur, makan, minum dan melakukan hubungan intim sekali lagi sebelum mandi. Persoalan ini telah menjadi ijmak para ulama, dan mereka menyatakan bahawa badan orang yang berjunub dan peluhnya adalah suci. Mereka hanya disunatkan untuk berwuduk dan membasuh kemaluannya jika ingin melakukan kesemua aktiviti di atas, termasuklah jika ingin bersama dengan isteri yang belum ditidurinya.”

Sumber: 100 Sunnah Yang Hampir Dilupakan oleh Haifa Abdullah Al-Rasyid

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑