Doa Ketika Barang Hilang

Memohon dikembalikan barang yang hilang selepas solat atau ketika mencari barang bacalah:

يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لَا رَيْبَ فِيهِ، اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَالَّتِي

Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya, himpunkanlah kepadaku barangku yang hilang.

Fadhilat

Imam An-Nawawi menyebutkan dalam kitabnya Bustan al-‘Arifin: “Sebenarnya doa ini telah aku cuba, maka aku dapati ia sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mendapatkan barang yang hilang dengan tempoh yang tidak lama untuk mencarinya. Dan aku juga telah mendengar daripada Asy-Syaikh al-Hafizh Abu Baqa’ seperti perkataan ini (bacaan di atas) dan beliau yang mengajarkannya kepadaku sejak dahulu lagi.” (Diijazahkan oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki)

Al-Imam Ahmad bin Hasan al-Aththas berkata, “Termasuk apa yang pernah aku lakukan untuk mengembalikan sesuatu yang hilang ialah membaca surah Adh-Dhuha empat penjuru; belakang, depan, kanan dan kiri, atau membacanya sekali, kemudian dibaca selepas itu:

أَعُوْذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطٰانِ الرَّجِيْمِ

يَـٰبُنَىَّ إِنَّهَآ إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍۢ مِّنْ خَرْدَلٍۢ فَتَكُن فِى صَخْرَةٍ أَوْ فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ أَوْ فِى ٱلْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا ٱللَّهُ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌۭ(١٦) 

“Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tentu akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalas-Nya). Sesungguhnya Allah Maha Halus Pengetahuan-Nya, lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. dalam urusan yang diwajibkan.” (Luqman 31:16)

Apa yang hilang dikembalikan semula oleh Allah.” (Diijazahkan oleh Habib Zain bin Ibrahim bin Sumaith. Lihat An-Nujum az-Zahirah, ms. 188)

Sumber: Amalan Orang Soleh oleh Ustaz Muhadir Haji Joll

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑