Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةٌ، فَعَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ
Maksudnya: “Siapa yang menghidupkan sunnah dalam Islam, dia mendapat pahalanya sekali gus pahala siapa sahaja yang mengamalkannya dengan tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.“
(HR. Muslim no. 1017)
Mencampur Air dengan Susu
Daripada Anas: “Rasulullah SAW pernah dihidangkan minuman susu yang sudah dicampur dengan air. (ketika itu) Seorang Arab Badwi duduk di sisi kanan baginda dan Abu Bakar di sisi kiri. Kemudian, baginda meneguknya lalu memberikannya kepada orang Arab badwi sambil bersabda, ‘Mulakan dari sebelah kanan dahulu.’
(HR. al-Bukhari no. 5612-5619 dan Muslim no. 2029)
2. Daripada Jabir bin Abdullah :
“Nabi SAW bersama sahabat baginda bertamu di rumah salah seorang kaum Ansar. Nabi SAW berkata kepada tuan rumah, ‘Jika kamu memiliki air yang diembunkan dalam kendi semalam ataupun tidak, tolong berikan kepada kami.’ Jabir berkata, ‘Orang itu kebiasaannya menyiram air di kebunnya. Jabir melanjutkan: Orang tadi menjawab, ‘Ya Rasulullah, aku memiliki air yang diembunkan, silakan menuju ke khemah (tempat air itu di simpan).” Jabir berkata lagi: Maka, orang Ansar berserta Rasulullah dan sahabatnya menuju ke tempat itu. Kemudian, orang tadi menuangkan air itu ke dalam gelas, lalu dicampur dengan susu kambing untuk diberikan kepada baginda. Jabir mengakhiri ceritanya: Lalu Rasulullah dan sahabat yang menyertai baginda meminumnya.”
(HR. al-Bukhari no. 5613)
Berkaitan dengan hadis di atas, Imam al-Bukhari menulis Bab: Syurbul Laban bil Ma’i (Minum Susu dengan dicampur air)
Al-Hafiz Ibnu Hajar memaparkan, “Mereka mencampurkan susu dengan air, disebabkan susu yang baru diperah memiliki suhu yang panas, dan kebetulan juga negeri Hijaz adalah daerah yang bersuhu panas. Sehingga mereka mencampur susu panas dengan air dingin.” (Fathul Baarii 10/78)
3. Hadis panjang semasa hijrah yang lebih dikenali dengan hadis ar-rihal (perjalanan), diriwayatkan oleh Muslim no. 2009.
Abu Bakar berkata, “Aku menemui Nabi SAW, tetapi aku tidak berani membangunkan baginda yang sedang tidur; Aku menunggu sehingga baginda bangun. Setelah itu, aku menuangkan susu yang dicampur air sehingga menjadi dingin. Lalu aku berkata, ‘Ya Rasulullah, silakan minum susu ini.’ Abu Bakar berkata lagi: Baginda pun meminumnya sehingga aku merasa puas.”
Imam Ibnu Hubairah berkata, hadis ini menjelaskan bahawa ubat bagi orang yang kehausan semasa cuaca panas adalah dengan minum susu yang dicampur dengan air dingin. Abu Bakar mencampurkan susu dengan air supaya Rasulullah SAW dapat menikmati susu yang dingin.
Perkara ini bukan melambangkan kemewahan tetapi merupakan suatu bentuk ibadah. (Al-Ifsah 1/61)
Sumber: 100 Sunnah Yang Hampir Dilupakan oleh Haifa Abdullah Al-Rasyid
Leave a comment