Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةٌ، فَعَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ
Maksudnya: “Siapa yang menghidupkan sunnah dalam Islam, dia mendapat pahalanya sekali gus pahala siapa sahaja yang mengamalkannya dengan tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.“
(HR. Muslim no. 1017)
Meletakkan Tapak Tangan Pada Lutut Ketika Tasyahud Akhir
Daripada Abdullah bin Zubair,
Maksudnya: “Apabila Rasulullah duduk untuk berdoa (tasyahud akhir), baginda meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya, dan tangan kirinya di atas paha kirinya. Baginda akan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya dengan meletakkan ibu jarinya di atas jari tengahnya serta menggenggam tapak tangan kirinya di atas lututnya.”
(HR. Muslim no. 579/no. 113 dan Abu Daud no. 988)
Menurut an-Nawawi dalam Syarah Muslim 3/88, ayat ‘Dan baginda menggenggam tapak tangan kirinya di atas lututnya’, adalah dalil disunatkan amalan tersebut. Para ulama berijmak, sunat hukumnya meletakkan tapak tangan pada pangkal lutut atau di atas lutut, disertai dengan menggenggamkan jari- jemarinya di atas lutut, sesuai dengan tapak kiri yang di genggam di atas lutut. Hikmah meletakkan tangan di atas lutut adalah menjaganya daripada bermain-main.
Sumber: 100 Sunnah Yang Hampir Dilupakan oleh Haifa Abdullah Al-Rasyid
Leave a comment