Sunnah Yang Hampir Dilupakan: Perubatan Dengan Habbatus Sauda’

Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةٌ، فَعَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ

Maksudnya: “Siapa yang menghidupkan sunnah dalam Islam, dia mendapat pahalanya sekali gus pahala siapa sahaja yang mengamalkannya dengan tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.

(HR. Muslim no. 1017)

Perubatan dengan Habbatus Sauda’

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ فِي الْحَبَّةِ السَّوْدَاءِ شِفَاءً مِنْ كُلّ دَاءِ إِلا السَّامَ

“Di dalam habbatus sauda’ (jintan hitam) terdapat ubat penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit kecuali assaam (kematian).”

(HR. al-Bukhari no. 5688 dan Muslim no. 2215)

 Ibnu Qayyim, dalam Zaadul Ma’aad menceritakan bahawa habbatus sauda’ memiliki banyak manfaat. Sabda Nabi, ubat segala penyakit sepertimana firman Allah iaitu:

تُدَمِّرُ كُلَّ شَىْءٍۭ بِأَمْرِ رَبِّهَا

Maksudnya: “Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya”…

(Surah Al-Ahqaf 46:25)

Maksudnya, segala sesuatu menerima kehancuran dan pelbagai keadaan yang sama dengannya.

Ibnul Qayyim juga menyebutkan beberapa manfaat daripada habbatus sauda’ yang bersumber daripada Zaadul Ma’aad 4/298-300 dan Qamus Al-Tadawi hal. 165.  Antara manfaat habbatus sauda’ adalah, ia merupakan buah yang memiliki sifat panas dan kering pada tingkatan ketiga.

Buah ini mampu menghilangkan bengkak, menumbuhkan rambut, mengubati penyakit kusta, demam yang disertai batuk berkahak, masalah perut, masalah kulit seperti jerawat sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita dan sebagainya.

Habbatus sauda’ yang ditumbuk, ditambah dengan air panas dan dicampur dengan madu, jika diminum dapat menghilangkan penyakit buah pinggang dan batu karang. Ia juga dapat melancarkan air kencing, haid dan susu ibu jika diminum secara rutin. Jika dipanaskan dengan cuka lalu disapu pada perut, dapat membunuh bakteria penyakit. Jika dicampur dengan adunan tepung yang basah atau telah dimasak, dapat mengeluarkan cacing.

Habbatus sauda’ bersifat membersihkan, memotong, menghurai dan menyembuhkan penyakit selesema pada musim sejuk. Jika ditumbuk dan diletakkan di atas sepotong kain lalu disedut, dapat menghilangkan selsema tersebut. Minyak habbatus sauda’ sangat bermanfaat untuk menghilangkan penyakit kelemumur, gatal-gatal dan jerawat di wajah.

Sesudu minyaknya jika diminum dapat menghilangkan sesak nafas dan jika dibalutkan di kepala,  boleh menyembuhkan sakit kepala. Jika dimasak dengan cuka, lalu berkumur-kumur, dapat mengubat sakit gigi kerana kesejukan.

Jika dijadikan dalam bentuk serbuk, ia bermanfaat untuk mengeluarkan air mata yang diperlukan. Habbatus sauda’ yang dibalut dengan campuran cuka dapat menghilangkan jerawat dan kudis bernanah, mengubati kelenjar bengkak dan tumor. Ia juga dapat mengubati urat-urat di bahagian wajah apabila digunakan dalam bentuk minyak. Jika diminum sebanyak segelas atau separuh, dapat merawat luka akibat gigitan labah-labah dan nyamuk.

Jika ditumbuk halus kemudian dicampur dengan minyak habbatul khadra’, dan dititiskan ke telinga sebanyak tiga kali, dapat mengatasi kesejukan, angin dan penyumbatan. Jika digoreng lalu ditumbuk halus dan dicampur dengan minyak zaitun, lalu dititiskan pada hidung sebanyak 3 – 4 kali, dapat mengatasi selesema yang disertai dengan bersin.  Jika dibakar, lalu dicampur dengan lilin yang dicairkan dengan minyak sausan atau minyak inai, boleh digunakan untuk merawat luka dengan cara menyapunya pada tempat luka yang telah dibersihkan dengan cuka. 

Habbatus sauda’ ditumbuk dengan campuran dibalut pada bahagian tubuh yang terkena penyakit lepra, vitiligo, dan penyakit lichen kronis, mampu untuk menyembuhkannya. Merawat luka bekas gigitan anjing dengan cara ditumbuk halus lalu disapu setiap hari pada luka dua kali sebelum menggunakan air dingin.

Jika digunakan dalam bentuk minyak, ia bermanfaat untuk mengubati penyakit selesema dan kuman- kuman resdung. Boleh juga dibakar, dan asapnya dapat mengusir serangga. Campuran airnya, disapu pada perut juga boleh bertindak sebagai balsam, yang berkhasiat merawat penyakit buasir.

Manfaat daripada habbatus sauda’ sangat banyak, melebihi dari apa yang telah saya paparkan. Sebagai anjuran, sebaiknya habbatus sauda’ diambil secara rutin sebanyak dua senduk sahaja.

Ini kerana sebahagian ahli perubatan beranggapan jika terlalu banyak mengambilnya boleh menyebabkan kematian. (Zaadul Ma’aad karya Ibnu Qayyim Al- Jauziyyah 4/297-300)

Sumber: 100 Sunnah Yang Hampir Dilupakan oleh Haifa Abdullah Al-Rasyid

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑