Sunnah Yang Hampir Dilupakan: Banyak Mengucapkan Istighfar Semasa Berada Dalam Majlis

Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةٌ، فَعَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ

Maksudnya: “Siapa yang menghidupkan sunnah dalam Islam, dia mendapat pahalanya sekali gus pahala siapa sahaja yang mengamalkannya dengan tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.

(HR. Muslim no. 1017)

Banyak Mengucapkan Istighfar Semasa Berada dalam Majlis

1. Dari Abdullah bin Umar, dia berkata:

“Apabila kami hitung, Rasulullah SAW mengucapkan istighfar sebanyak 100 kali di dalam satu majlis: “Wahai Rabbku, ampunilah dosaku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang.””

( رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَى إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحم) 

(HR. Abu Daud no. 1516, Ibnu Majah no. 3814 dan Tirmizi no. 3434)

Tirmizi meriwayatkan dengan lafaz: (Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengampun). Beliau menjelaskan, “Hadis ini hasan sahih gharib.”  Dalam Tuhfatul Asyraf 6/227, “Hadis ini hasan sahih.”

Hadis tersebut telah ditakhrij oleh Al-Allamah Al- Albani dalam As-Sahihah 2/96-98 no. 556. Menurut beliau,  hadis ini mempunyai lafaz yang berbeza menurut sudut pandang perawinya dan ia bergantung kepada maknanya. Bagi-Nya segala puji dan Dialah beliau, Maha Pelindung.

Dalil-dalil tentang istighfar sangat banyak sama ada daripada al-Quran mahupun as-Sunnah, di antaranya: Firman Allah Ta’ala:

فَقُلْتُ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارًۭا (١٠) يُرْسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًۭا (١١)

Maksud: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu”

(Surah Nuh 71:10-11)

وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا۟ فَـٰحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا۟ ٱللَّهَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلُوا۟ وَهُمْ يَعْلَمُونَ (١٣٥) 

Maksud: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah ; dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

(Ali-Imran: 135)

قَالَ يَـٰقَوْمِ لِمَ تَسْتَعْجِلُونَ بِٱلسَّيِّئَةِ قَبْلَ ٱلْحَسَنَةِ ۖ لَوْلَا تَسْتَغْفِرُونَ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (٤٦) 

“Nabi Soleh berkata (kepada puak kafir): ‘Wahai kaumku, mengapa kamu segerakan kufur ingkar yang mendatangkan keburukan kepada kamu, (tidak) mendahulukan iman yang mendatangkan kebaikan kepada kamu? Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat.” (An-Naml 27:46)

Sedangkan dalil daripada Sunnah Nabi SAW adalah :

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 

“Demi Allah, sungguh aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih daripada 70 kali.”

(HR. al-Bukhari no. 6307)

2. Daripada Aghar Al-Muzani, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sungguh hatiku pernah lalai dan kerananya beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak 100 kali.”

(HR. Muslim no. 2702)

3. Daripada Abdullah bin Busr, Nabi bersabda:

“Beruntunglah bagi orang yang mendapatkan lembaran catatan amalnya berupa ucapan istighfar yang banyak.”

(HR. Ibnu Majah no. 3818 dan disahihkan oleh Syeikh Albani)

Dalil dalam hal ini jumlahnya banyak dan semoga dalil yang telah dipaparkan dapat menjadi pelajaran yang berharga.

Sumber: 100 Sunnah Yang Hampir Dilupakan oleh Haifa Abdullah Al-Rasyid

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑