Amalan Agar Dipermudahkan Beroleh Rezeki 

Bacalah setiap bacaan di bawah ini sebanyak 1 kali pada setiap pagi. Sebaik-baiknya selepas solat Subuh:

Ayat Seribu Dinar

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًۭا (٢) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍۢ قَدْرًۭا (٣)

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

(At-Talaq 65: 3-3)

Kemudian, bacalah:

اللهُ طَرِيقِي، الرَّحْمَنُ رَفِيقِي، الرَّحِيمُ يَحْرُسُنِي مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يَلْمِسُنِي

Maksud: Allah jalanku, Ar-Rahman pendampingku, Ar-Rahim menjagaku daripada setiap sesuatu yang menggangguku.

(Dijazahkan oleh Habib Musthafa bin Ali al-Haddad, daripada gurunya, Habib Ahmad bin Husain bin Abu Bakar as-Saqqaf, daripada gurunya, Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas al- Maliki. Lihat Al-Anwar as-Sathi’ah, ms. 128)

Amalan Dimurahkan Rezeki

Memohon rezeki yang zahir (hissiyyah) dan batin (ma’nawiyyah)

Al-Imam Umar bin Saqqaf telah menyebutkan faedahnya dalam kitabnya Tafrij al-Kurub: “Sesungguhnya antara amalan yang selalu disuruh dan dilazimi oleh orang soleh ialah:

يَا فَتاحُ يَا رَزَّاقُ يَا كان يا مغني

Wahai Yang Maha Membuka, wahai Yang Maha Memberi Rezeki, wahai Yang Maha Mencukupkan, Wahai Yang Maha Kaya.

la mujarab untuk mendapat rezeki, zahir dan batin.” Dibaca pada setiap pagi.

(Diijazahkan oleh Habib Zain bin Ibrahim bin Sumaith. Lihat An- Nujum az-Zahirah, ms. 122)

Habib Thahir bin Abdullah bin Sumaith berwasiat kepada Habib Umar bin Ahmad bin Sumaith, “Hendaklah kamu membaca Ayatul Kursi dan surah Al-Ikhlas ketika masuk dan keluar dari rumah kerana kedua-duanya boleh mendatangkan kekayaan yang nampak (hissi) dan tidak nampak (ma’nawi).”

(Diijazahkan oleh Habib Zain bin Ibrahim bin Sumaith. Lihat An- Nujum az-Zahirah, ms. 166)

Sebahagian para ‘arifin mengatakan,

“Membaca surah Al-Waqi’ah (sekali) dan surah Al-Ikhlas (11 kali) pada setiap kali solat fardhu, sangat mujarab untuk mendapat rezeki yang nampak (hissi).”

Dijazahkan oleh Habib Zain bin Ibrahim bin Sumaith. Lihat An- Nujum az-Zahirah, ms. 169)

Sumber: Amalan Orang Soleh oleh Ustaz Muhadir Haji Joll

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑