Doa Ketika Menanggalkan Pakaian

Syaitan dan jin boleh melihat kita sekalipun kita tidak boleh melihat mereka. Ertinya mereka boleh melihat kita dalam semua keadaan, sama ada kita sedang memakai pakaian atau menanggalkannya, ketika sedang menunaikan hajat di dalam tandas, mandi, makan  dan lain-lain. 

Bacaan doa atau zikir yang boleh kita amalkan, ketika ingin menanggalkan pakaian atau masuk ke dalam tandas bagi menunaikan hajat atau mandi atau seumpamanya, agar aurat kita terpelihara daripada pandangan mata jin dan syaitan ialah dengan membaca ‘Bismillah’ (dengan nama Allah).

Selain itu, mulakan terlebih dahulu setiap aktiviti atau apa-apa sahaja perkara dengan basmalah sekalipun bukan kerana mahu masuk tandas atau menanggalkan pakaian kerana sabda Nabi SAW :

كلُّ كلامٍ، أو أمرٍ ذي بالٍ لا يُفتَحُ بذِكْرِ اللَّهِ عزَّ وجلَّ فَهوَ أبترُ

Maksudnya: “Setiap ucapan atau perkara yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah (zikrullah), maka amalan tersebut akan terputus.”

[HR Ahmad (8712)]

Sumber: PMWP

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑