Asmaul Husna yang ke-78 ialah Al-Muta’ali bermaksud Tuhan yang Maha Suci atau Tinggi. Yang dimaksudkan dengan Maha Suci ialah Allah SWT terpelihara daripada sebarang kelemahan dan kekurangan. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Sempurna. Yang dimaksudkan dengan Maha Tinggi Allah SWT bahawa Dialah yang Yang Maha Tinggi Kekuasaan-Nya, terangkat daripada kelemahan dan kekurangan, Allah SWT mengatasi sekalian makhluk-Nya.
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Leave a comment