Oleh: Mymuslimin.com
Asyik bersarapan nasi lemak, bihun goreng, roti canai? Apa kata kita ubah haluan ke Barat sekali-sekali dengan hidangan ala Western yang sedap di Quartet, TTDI. Dapatkan The Big Breakfast, hidangan sarapan lengkap dengan telur, cendawan, sosej, roti bakar dan daging yang pastinya mengenyangkan, atau pelbagai jenis sandwich, salad, hidangan berasas roti dan sebagainya. Kopi di sini juga lazat, diadun sempurna oleh barista dan terdapat pilihan susu oat untuk mereka yang tidak menggemari susu. Suasana di Quartet nyaman dengan alunan muzik latar yang menyenangkan.
Quartet TTDI
21, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Buka Setiap Hari – 8 pagi – 6 petang
Tutup: Rabu
Leave a comment