20 Cara-Cara Mendapat Khusyuk Solat

Firman Allah SWT:

قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ(١) ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خَـٰشِعُونَ(٢)
Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
(Surah al-Mu’minun 23: 1-2)

Ibn Kathir berkata: Maksudnya mereka telah mendapatkan kemenangan, kebahagiaan, serta memperoleh keberuntungan. Mereka itulah orang-orang Mukmin yang bersifat dengan sifat-sifat ini: Orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Syeikh al-Maraghi berkata: Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang. Kata Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah: Khusyuk adalah: Berdirinya hati di hadapan Tuhan dengan penuh ketundukan dan perasaan hina diri.

Semua kita mendambakan solat dan amalan yang sempurna dan diterima Allah SWT. Berikut adalah 20 cara-cara mendapat khusyuk dalam solat.

  1. Sembahyang berjemaah dan yang paling afdhal ialah di masjid.
  2. Menjaga makanan dan minuman supaya halal dimakan dan diminum, yang didapati daripada punca yang halal begitu juga makanan yang syubhat (yang kesamaran hukumnya seperti makanan yang dikatakan mengandungi campuran benda-benda yang haram tetapi tidak jelas. 
  3. Memakan seekor semut mematikan hati 40 hari.
  4. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
  5. Jangan sembahyang dengan menahan buang air besar atau air kecil dan selesaikannya terlebih dahulu atau perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam sembahyang.
  6. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat atau berdoa apabila air melalui tiap-tiap anggota.
  7. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan mengadap pembesar.
  8. Sembahyang di awal waktu, melainkan jika ada majlis ilmu atau majlis zikir, maka sembahyang isya’ boleh dilambatkan sehingga selesai majlis itu.
  9. Pastikan supaya tidak ada gambar atau imej yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati tatkala sujud. 
  10. Mengingatkan diri tentang kematian dan kemungkinannya solat itu solat yang terakhir dalam hidup.
  11. 11. Menyedari bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.
  12. 12. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah SWT yang melihat segala gerak geri kita. 
  13. Memahami segala bacaan dalam sembahyang termasuk ayat-ayat Al Quran dan segala zikir yang dilafazkan.
  14. Sebelum mengangkat takbir, bacalah surah An-Nas, salawat kepada Nabi, Istighfar dan bacaan-bacaan lain untuk menjauhkan diri daripada gangguan syaitan.
  15. Fokuskan pandangan kepada tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam sembahyang.
  16. Memusatkan seluruh ingatan kepada sembahyang. 
  17. Memanjangkan masa rukuk dan sujud.
  18. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan tempat kita solat.
  19. Jangan leka memandang ke kiri dan ke kanan.
  20. Hendaklah memandang ke tempat sujud.

Sumber: Amalan Harian Sepanjang Zaman (Disemak oleh Al-Ustaz Dato’ Hj. Ismail Kamus)

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑