Stesen Patin Tempoyak Sedap di Klang, Selangor!

Oleh: Mymuslimin.com

Tiada masa nak ke Temerloh tapi rindu dengan masakan patin tempoyak? Jangan risau di Klang pun ada restoran yang menyediakan pelbagai hidangan ikan patin resepi Pahang yang sedap dan segar. 

Patin tempoyak yang menjadi kegemaran ramai dihidang di dalam claypot panas-panas pekat di Pohpaleh Weh dengan pilihan kepala (set RM19.70), badan (set RM17.70) atau ekor (set RM19.70) dengan sedikit perbezaan harga. Rasa kuah tempoyaknya sedikit manis mungkin kerana tempoyaknya manis tetapi pedasnya, rasanya cukup perisa dan isi ikannya memang segar.

Selain patin tempoyak, Pohpaleh Weh juga menawarkan patin pais bakar yang dimasak di dalam kerajang aluminium dan ditabur dengan daun kesom dan hirisan bunga kantan. Harga Patin Pais Bakar juga sama seperti Patin Tempoyak. Untuk lauk sahaja, harganya kurang RM2. Hidangan set mengandungi nasi putih, hirisan timun, telur masin dan sambal belacan. 

Restoran ini terletak di tepi jalan dan berhadapan Masjid Kiayi Hj. Abdullah Omar. Persekitarannya bersih dan servis pelanggan juga memuaskan. 

Pohpaleh Weh
25, Jalan Cempakasari 15a, Taman Cempaka Sari, 42100 Klang, Selangor
Dibuka setiap hari 11pg-9.30mlm

#mymuslimin #jommakan #jalandanmakan #lunch

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑