Oleh: Mymuslimin.com
Ingin mencuba pelbagai pilihan kuih Melayu asli dan klasik? Jom singgah di Baitun Classic – Kopi & Kuih yang bertempat di Kampung Sungai Ramal, Kajang. Kuih-kuih seperti koci, seri muka durian, cara berlauk, seri muka gula melaka, bingka dan bermacam jenis lagi.
Selain kuih-muih, Baitun juga menawarkan juadah seperti lontong kuah lodeh dan nasi lemak. Kedai ini kecil sahaja saiznya tetapi kepada mereka yang ingin menjamu selera di sana, disediakan beberapa meja di luar kedai. Kuih-muihnya memang lazat dan asli.
Baitun Classic – Kopi & Kuih
Lot 3153-1, Kg. Sg. Ramal Dalam, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
Dibuka Selasa-Ahad, 7.30pg-6.30ptg
#mymuslimin #jalandanmakan #sarapan #kuihmuih
Leave a comment