Antara mercu kebanggaan warga Cyberjaya, Masjid Raja Haji Fisabilillah ini telah mula dibina pada 5 April 2013 dan siap sepenuhnya pada 24 Februari 2015. Masjid ini telah dibuka secara rasmi pada 22 Jun 2016 oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena sambutan Nuzul Quran pada 17 Ramadan 1437 Hijrah.
Masjid ini dinamakan sempena Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Chelak, pahlawan Bugis dari Pulau Penyengat, Indonesia. Beliau juga merupakan Yang Dipertuan Muda (Wakil Raja) Kesultanan Johor-Riau dari 1777 hingga 1784.
Masjid futuristik moden ini boleh memuatkan 8500 orang jemaah pada satu-satu masa. Selain daripada dewan solat untuk lelaki dan wanita, kemudahan lain yang tersedia termasuk sebuah perpustakaan yang mempunyai lebih 1500 naskhah buku yang sesuai untuk setiap peringkat umur, dewan serbaguna dengan kapasiti 200 orang, bilik kuliah, ruang nikah untuk 100 orang tetamu, dan juga dewan badminton.





Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya
Lot A, Persiaran Semarak Api, Cyber 1, 63000 Sepang, Selangor Darul Ehsan
03-83220096
masjidcyberjaya@gmail.com
Leave a comment