Oleh: Mymuslimin.com
Bukit Malawati merupakan sebuah bukit berkubu yang terletak di Kuala Selangor, Selangor, dan merupakan tarikan pelancong tempatan yang popular. Kedudukan bukit berkubu ini mempunyai kepentingan strategik bersejarah kerana ia terletak di muara Sungai Selangor yang mengalir ke Selat Melaka, dengan sudut pandang yang menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia. Beberapa peninggalan bersejarah di Bukit Malawati adalah termasuk sebuah rumah api lama serta tinggalan Kota Malawati.
Harga tiket tram untuk warganegara Malaysia ialah RM3 untuk kanak-kanak, RM5 untuk dewasa. Tiket masuk muzium ialah RM3 seorang.
Info: Wikipedia
Leave a comment