Kenali Masjid Sultan Idris Shah II, Lumut, Perak

Masjid ini telah didirikan pada tahun 1963 di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah dan telah diberi nama Masjid Sultan Idris Shah II, Teluk Muroh Lumut, Perak.

Memandangkan persekitaran Kg Teluk Muroh dan Kg Padang Tembak telah berkembang pesat dengan pembangunan taman-taman perumahan baharu dan pertambahan jumlah jemaah, masjid ini telah diubah suai pada tahun 2013 yang mengambil masa selama 3 tahun, dengan perbelanjaan kos RM3.4 juta.

Kerja pengubahsuaian telah siap pada bulan Jun 2015 dan antara kemudahan yang disediakan selain dewan solat adalah bilik mesyuarat, pejabat dan bilik pegawai masjid, ruang memasak dan makan, tandas serta tempat letak kereta.

Di bawah naugan Masjid Sultan Idris Shah II termasuk Surau Al Madrasah Al Badariah, tanah perkuburan dan pertubuhan khairat kematian Kg Padang Tembak Kg Teluk Muroh.

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑