Di saat diri terasa sempit, terasa sesak, terasa payah, tidak nampak jalan keluar, jangan berputus asa kerana kita masih mempunyai doa kepada Yang Maha Esa, Tuhan Seluruh Alam. Amalkan doa ini dan terus menaruh harapan kepada Allah SWT, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Doa ini terdapat dalam riwayat Ibnu Mas’ud, bahawasanya Rasulullah SAW pernah didatangi oleh seorang tamu, lalu oleh Rasulullah tamu itu dibawa ke rumah salah seorang isterinya untuk dijamu. Akan tetapi pada waktu itu, tidak seorang pun daripada isteri-isteri Rasulullah SAW yang mempunyai makanan untuk disajikan kepada tamunya.
Melihat keadaan seperti itu, Rasulullah lalu berdoa seperti di atas. Dan beberapa waktu kemudian, datanglah seorang sahabat yang membawa daging panggang untuk diberikan kepada Rasulullah. Setelah itu beliau bersabda ”Inilah anugerah dari Allah, sedang waktu itu aku sedang menanti rahmat.”
(Diriwayatkan oleh At Thabrani dan Abu Nu’aim)
Leave a comment