Masjid Raja Lumu di Bukit Melawati dahulunya dikenali Masjid Pekan Lama Kuala Selangor adalah Masjid Diraja yang ke sembilan di negeri ini, yang dinaik taraf pada 2019 dengan kos RM10.4 juta, sebelum dirasmikan pada 6 Oktober 2022 oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.





Masjid Raja Lumu dipilih bersempena nama Raja Lumu yang juga Sultan Selangor pertama, dikenali sebagai Sultan Salehuddin Shah yang memerintah dari tahun 1766 hingga 1782. Raja Lumu ditabalkan sebagai Sultan Selangor di Kuala Selangor dan bersemayam di atas Bukit Malawati yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Selangor.
Masjid ini direka bentuk dengan ciri-ciri moden di samping mengekalkan sebahagian struktur masjid asal iaitu ruang solat di bahagian tengah.
Fasiliti disediakan termasuk bilik dan van jenazah, bilik penyediaan makanan, tandas, bilik golongan kenamaan (VIP), kemudahan orang kurang upaya (OKU) dan fasiliti kemudahan ibadah korban.
Menarik juga, seni bina kubah masjid diperbuat daripada tembaga itu tidak perlu dicat pada masa depan kerana bahannya diimport dari Jerman.
Leave a comment