ASMAUL HUSNA – AL-NAFIE’ (Yang Maha Memberi Manfaat) 

Asmaul-Husna yang ke-92 ialah An-Nafie’, iaitu Tuhan yang Maha Memberi Manfaat. Manfaat yang Allah SWT anugerahkan itu bukan sekadar manfaat duniawi, tetapi juga manfaat yang paling agung yang dikurniakan kepada manusia ialah manfaat iman. Justeru itu manfaat yang akan berkekalan hingga ke akhirat ialah manfaat iman. Orang yang tidak dikurniakan iman di dunia ini pasti tidak akan mendapat manfaat di akhirat.

Manusia sewajarnya mengambil iktibar daripada sifat Allah SWT yang Maha Memberi Manfaat itu supaya menjadikan dirinya sebagai insan yang dapat memberi manfaat kepada sesama mereka. Rasulullah SAW telah menasihati umatnya dalam sebuah sabdanya yang bermaksud,

“Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat sesama mereka.”

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑