Amalan Orang Soleh: Dipermudahkan Beroleh Rezeki

Bacalah setiap bacaan di bawah ini sebanyak 7 kali pada setiap pagi. Sebaik-baiknya selepas solat Subuh.

Ayat Seribu Dinar

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًۭا(٢) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍۢ قَدْرًۭا(٣) 

Maksudnya: Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya setiap sesuatu.”

(Surah At-Talaq 65:2-3)

Kemudian, bacalah:

اللهُ طَريقِي الرَّحْمٰنُ رفيقي الرَّحِيمُ يَحْرُسُنِي مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يَلْمِسُنِي

Maksudnya: Allah jalanku, Ar-Rahman pendampingku, Ar- Rahim menjagaku daripada setiap sesuatu yang menggangguku.

(Diijazahkan oleh Habib Musthafa bin Ali al-Haddad, daripada gurunya, Habib Ahmad bin Husain bin Abu Bakar as-Saqqaf, daripada gurunya, Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas al- Maliki. Lihat Al-Anwar as-Sathi’ah, ms. 128)

Dimurahkan Rezeki

Memohon rezeki yang zahir (hissiyyah) dan batin (ma’nawiyyah).

Al-Imam Umar bin Saqqaf telah menyebutkan faedahnya dalam kitabnya Tafrij al-Kurub: “Sesungguhnya antara amalan yang selalu disuruh dan dilazimi oleh orang soleh ialah:

يَا فَتَّاحُ يَا رَزَّاقُ يَا كَافِيُّ يَا مُغْنِيُّ

Wahai Yang Maha Membuka, wahai Yang Maha Memberi Rezeki, wahai Yang Maha Mencukupkan, wahai Yang Maha Kaya.

la mujarab untuk mendapat rezeki, zahir dan batin. Dibaca pada setiap pagi.

(Diijazahkan oleh Habib Zain bin Ibrahim bin Sumaith. Lihat An-Nujum az-Zahirah, ms. 122)

Habib Thahir bin Abdullah bin Sumaith berwasiat kepada Habib Umar bin Ahmad bin Sumaith,

“Hendaklah kamu membaca Ayatul Kursi dan surah Al-Ikhlas ketika masuk dan keluar dari rumah kerana kedua- duanya boleh mendatangkan kekayaan yang nampak (hissi) dan tidak nampak (ma’nawi).”

(Diijazahkan oleh Habib Zain bin Ibrahim bin Sumaith. Lihat An- Nujum az-Zahirah, ms. 166)

Surah Al-Ikhlas: 

قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ(١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ(٢) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ(٣) وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ(٤) 

Maksudnya:  Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

(Surah Al-Ikhlas 112: 1-4)

Ayatul Kursi:

ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌۭ وَلَا نَوْمٌۭ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍۢ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ(٢٥٥)

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

(Surah Al-Baqarah 2: 255)

Sebahagian para ‘arifin mengatakan, “Membaca surah Al-Waqi’ah (sekali) dan surah Al-Ikhlas (11 kali) pada setiap kali solat fardhu, sangat mujarab untuk mendapat rezeki yang nampak (hissi).”

(Diijazahkan oleh Habib Zain bin Ibrahim bin Sumaith. Lihat An-Nujum az-Zahirah, ms. 169)

Sumber: Amalan Orang Soleh oleh Ustaz Muhadir Haji Joll

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑