Oleh: Mymuslimin.com
Bagi ulat buku dan mereka yang ingin membeli buku tanpa mengeluarkan bajet yang besar, Books & Bobs memberi pilihan untuk anda membeli buku-buku terpakai dengan harga yang sangat berpatutan.
Dengan berkonsepkan layan diri, Books & Bobs menyediakan buku-buku terpakai daripada pelbagai genre. Ambillah masa untuk memilih tajuk-tajuk buku kegemaran anda dan apabila sudah membuat pilihan, anda boleh membayar dengan menggunakan kod QR atau bayaran tunai tepat. Tiada pekerja disediakan di Books & Bobs, semuanya perkhidmatan layan diri.
Pelbagai aksesori seperti penanda buku dan beg juga dijual di sini. Terdapat beberapa set meja dan kerusi untuk pelanggan membaca buku dan mesin kopi disediakan jika anda memerlukan ‘suntikan’ kaffeine. Semua produk diletakkan tanda harga dan kalkulator juga disediakan untuk memastikan jumlah bayaran tepat.
Bagi mereka yang ingin menderma buku-buku terpakai yang masih elok keadaan fizikalnya, Books & Bobs juga menguruskan inisiatif ini. Dana dari buku-buku yang dijual akan disalurkan ke badan-badan amal yang dipilih mereka.





Books & Bobs
37, Jalan Desa, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Buka Setiap Hari: 930 pagi – 630 petang
Laman Web: https://booksnbobs.com/
Leave a comment