7 Cara Untuk Mencegah “Reput Otak”

Apakah ‘reput otak’? Pada tahun 2024, istilah terbaik tahun 2024 bagi kamus Oxford ialah ‘brain rot’ yang merujuk kepada reput otak iaitu kemerosotan keadaan mental atau intelek seseorang akibat daripada penggunaan berlebihan konten-konten remeh. Namun, istilah ‘brain rot’ ini pertama kali digunakan pada tahun 1854 dalam buku tulisan Henry David Thoreau yang berjudul Walden di mana beliau mengkritik kecenderungan masyarakat pada masa itu kepada idea-idea yang ringkas berbanding idea-idea rumit yang mencabar minda.  

Hari ini, reput otak merupakan istilah yang menerangkan kesan negatif kandungan digital tiada nilai atau bernilai rendah terutama yang wujud secara berleluasa di media sosial.

Pengunaan internet dan media sosial yang keterlaluan mengurangkan memori, perhatian, fokus, pemikiran kritis dan perhubungan sesama manusia. Reput otak mampu menyumbang kepada pengasingan diri daripada aktiviti sosial dan juga pengurangan aktiviti fizikal – faktor yang menyumbang kepada penurunan fungsi kognitif otak dan peningkatan risiko kebimbangan, kemurungan, dan keadaan demensia atau nyanyuk.

Untuk mencegah ‘reput otak’, terdapat amalan tabiat sihat yang boleh dilakukan untuk mengekalkan minda untuk kekal tajam dan sedar.

1. Tetapkan Had Masa Media Sosial

Platform-platform media sosial direkabentuk untuk meraih dan mencuri perhatian pelanggan. Scrolling media sosial ini sangat menghiburkan tetapi aktiviti ini jika dilakukan dalam  dalam jangkamasa yang lama akan merosakkan fokus, produktiviti, dan kewarasan minda. Kajian membuktikan bahawa penggunaan media sosial keterlaluan boleh meningkatkan kebimbangan dan kemurungan dan mengurangkan prestasi di sekolah dan di tempat kerja. 

Oleh itu, menetapkan masa yang diluangkan di platform media sosial boleh membantu melindungi kesihatan otak dan meningkatkan produktiviti dan kesihatan mental anda. Di antara tip untuk menghadkan penggunaan media sosial ialah penjadualan masa skrin. Tentukan had harian, contohnya satu jam dan jadualkan aktiviti luar seperti bersukan dan membaca juga. Pilih masa spesifik untuk scrolling media sosial dan pastikan jangan langgar had masa. Senyapkan notifikasi di aplikasi media sosial untuk mengurangkan gangguan. Adalah lebih baik untuk melakukan ini dengan seseorang supaya mereka  boleh memberi semangat, memastikan anda tidak melakukannya sambil lewa. 

2. Praktikkan ‘Kesedaran’

Kesedaran ini ialah keadaan sedar sepenuhnya tentang fikiran dan perasaan anda pada satu-satu masa. Mengajar diri untuk ‘sedar’ secara kerap boleh membantu melatih semula otak kita untuk fokus, dan mematahkan tabiat scrolling kandungan remeh tanpa berfikir di media sosial. Bimbinglah minda anda untuk fokus pada masa ‘sekarang’ boleh mengurangkan tekanan dan memperbaiki fungsi kognitif otak kita seperti memori dan perhatian. Kajian menunjukkan apabila kita ‘sedar’, kesedaran ini menambah densiti ‘gray matter’ di dalam kawasan otak yang bertanggungjawab kepada kawalan pembelajaran, memori dan emosi. Lama kelamaan, kesedaran ini meningkatkan akan meningkatkan meningkatkan keupayaan anda untuk memproses maklumat yang rumit dan membantu mengurangkan risiko reput otak. Anda boleh lakukan senaman berikut selama 10-15 minit sehari. Bernafaslah dalam-dalam, fokus pernafasan, tarik nafas menggunakan hidung, kira sehingga 4, tahan nafas itu, dan lepaskannya melalui mulut dalam kiraan 4. Ambil masa untuk berjalan, melihat persekitaran, mendengar bunyi-bunyi alam dan sensasi di sekitar kamu. Dan makanlah dalam keadaan ‘sedar’, ambil masa untuk kunyah, perhatikan rasa, bau dan tekstur makanan anda. 

3. Kurangkan Multitasking 

Walaupun bertukar-tukar antara e-mel kerja, media sosial dan senarai tugasan anda mungkin dilihat sebagai seorang yang cekap, multitasking boleh membahayakan diri berbanding membantu. Apabila anda multitask, minda anda sentiasa bertukar di antara tugas-tugas dan ini akan memberi tekanan kepada ingatan anda dan mengurangkan keupayaan untuk fokus. Daripada anda multitask, lebih baik anda fokus kepada satu kerja dalam satu masa, ambil masa untuk menguruskan satu-satu tugasan dan libatkan diri dalam pemikiran kreatif tanpa gangguan.

4. Detoks Digital

Detoks Digital ialah menjauhkan diri daripada peralatan elektronik untuk satu tempoh yang ditetapkan, berehat daripada godaan scrolling kandungan online tanpa berfikir, dan membenarkan otak kita untuk relaks dan cas semula. Detoks digital ini mengerikan pada mulanya tetapi apabila anda mula melakukannya, anda akan menyukainya. Matlamat detoks digital ialah untuk mengurangkan penggantungan kepada skrin dan meningkatkan kesejahteraan diri secara keseluruhan.

5. Belajar Kemahiran Baharu

Mempelajari kemahiran baharu ialah salah satu cara yang baik untuk membuat otak kita aktif dan terlibat. Sama ada mempelajari alat muzik, bahasa baharu, bertukang, bercucuk-tanam, belajar ilmu baharu merangsang kawasan otak yang berbeza. Ini mampu membantu memperbaiki memori dan keupayaan menyelesaikan masalah serta melindungi diri daripada ‘reput otak’. Orang dewasa yang belajar kemahiran baharu yang rumit seperti fotografi digital, bahasa baharu,  meningkatkan memori dan fungsi kognitif. Belajar kemahiran baharu memaksa otak untuk menyesuaikan diri dan berkembang, meningkatkan ‘neuroplasticity’ —keupayaan otak untuk menyusun semula dirinya dengan membentuk sambungan baharu. 

6. Dapatkan Cukup Tidur

Tidur itu penting bagi kesihatan otak dan mental. Apabila kita tidur, tubuh akan membaiki dirinya sendiri, menyatukan ingatan, dan menyahtoksin dari otak. Ramai orang yang tidak tidur dan terus scrolling media sosial untuk menonton rancangan yang mereka suka. Apabila ini berlaku kerap, ianya akan merosakkan fungsi kognitif otak, memberi kesan kepada fokus dan memori, dan meningkatkan risiko Alzheimer’s.  Antara cara untuk mendapatkan rutin tidur yang sihat ialah pastikan anda tidur dan bangkit pada masa yang sama setiap hari walaupun di hujung minggu. Elakkan menggunakan peralatan elektronik apabila hendak tidur. Lakukan aktiviti yang relaks seperti membaca, tafakur sebelum tidur dan pastikan bilik tidur gelap, sejuk dan senyap. 

6. Luang Masa Dengan Alam

Meluangkan masa di luar rumah boleh mengurangkan kesan rangsangan berlebihan digital, mencegah reput otak, dan meningkatkan prestasi kognitif. Menghabiskan sekurang-kurangnya 30 minit dalam suasana alam semulajadi boleh meningkatkan aktiviti otak, meningkatkan mood dan fungsi kognitif. Menggabungkan lebih banyak masa di luar ke dalam rutin harian anda dengan berjalan di kawasan kejiranan anda, menjaga taman atau merancang percutian ke taman, hutan atau pantai itu baik untuk kesihatan mental. Tambah tumbuhan hijau di rumah atau ruang kerja juga membantu faedah kognitif. 

Tabiat scrolling media sosial ini walaupun kelihatan tidak berbahaya namun ia boleh menyumbang kepada masalah ‘reput otak’ iaitu kemerosotan keadaan mental atau intelek seseorang akibat daripada penggunaan berlebihan konten-konten remeh. Oleh itu, janganlah kita mengambil mudah dan meneruskan sikap kegilaan scrolling media sosial secara keterlaluan dan terlalu lama. Lakukan amalan yang boleh membantu mengekalkan kesihatan minda dan otak kita untuk jangkamasa yang lama.  

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑