Kenali Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

Masjid At-Taqwa yang terletak di Jalan Merpati, Miri ini telah mula dibina pada 10 Oktober 1983 dan siap sepenuhnya pada 1 Ogos 1985. Cadangan pembinaannya telah diutarakan oleh bekas Ketua Menteri Allahyarham Tun Abdul Rahman Yaakub pada tahun 1979 dan berjaya disiapkan atas usaha dan nasihat Allahyarham Tun Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud.

Masjid ini pernah ditutup untuk kegunaan beribadah dan aktiviti keagamaan selama dua tahun, dari September 2018 sehingga September 2020 untuk proses penambahbaikan dan naik taraf.

Antara kemudahan tersedia di sini termasuk ruang solat, dewan, bilik kuliah, bilik serbaguna, bilik mesyuarat, pejabat, tandas, tempat wuduk dan lain-lain.  

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑