Sarapan Barat Sedap di 54200 Breakfast, KL

Kepada yang mencari sarapan lain daripada kebiasaan, mari cuba pulled-beef brioche di 54200 Breakfast! Daging carik dimasak dengan sos bbq dan dikapit dengan roti brioche, roti asal Perancis yang lebih banyak kandungan mentega dan telurnya. Dengan harga RM12 memang berbaloi! Selain hidangan menggunakan roti brioche, 54200 Breakfast juga menawarkan hidangan menggunakan muffin, telur pelbagai jenis dan banyak lagi.

54200 Breakfast
Jalan AU2A/15, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur, Selangor
Dibuka Selasa-Ahad, 7.30-11.3pg

jommakan #sarapan #breakfast #brioche #mymuslimin #jalandanmakan

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑