LENSA MYMUSLIMIN: Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur

Taman Tasik Ampang Hilir sentiasa menjadi tumpuan warga kota untuk aktiviti riadah bersama keluarga. Persekitaran di sini sangat indah dan menenangkan. 

Taman ini meliputi keluasan keseluruhan seluas 16 hektar dengan keluasan tasik seluas 12 hektar. Pembangunan Taman Tasik Ampang Hilir ini berlandaskan Konsep Pembangunan Lestari yang menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah yang berintegrasi dengan alam sekitar untuk orang ramai di sekitar kawasan Ampang, Kg. Pandan dan kawasan-kawasan yang berdekatan.

Selain itu, kawasan ini juga menyediakan pelbagai fasiliti yang dapat memenuhi keperluan sama ada aktif ataupun pasif bagi pelbagai golongan sama ada diperingkat warga emas, belia dan termasuklah kanak-kanak.

Bagi mereka yang ingin mengadakan aktiviti secara ‘indoor’, taman ini menyediakan sebuah dewan yang menyediakan kemudahan sukan seperti badminton dan bola jaring. Dewan ini juga terbuka untuk mereka yang ingin mengadakan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan aktiviti sosial juga. 

Taman ini dibuka setiap hari dari 6.00 pagi hingga 7.00 malam. 

Sumber: DBKL

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑