Kenali Masjid Raja Alang, Beranang, Selangor

Oleh: Mymuslimin.com

Masjid Raja Alang di Beranang, Selangor ini telah dibina sekitar tahun 1926 dan siap pada tahun 1928. Pembinaan masjid ini adalah bagi menggantikan masjid lama yang terbakar yang dibina daripada kayu. Pembinaan masjid ini telah menelan belanja sebanyak RM31,500. 

Masjid ini telah dinamakan sempena nama pewakafnya iaitu Raja Alang Bin Raja Berayun. Beliau merupakan hartawan Selangor semasa hayatnya. Beliau juga adalah anak kepada Raja Berayun, iaitu Panglima Besar kepada Almarhum Sultan Abdul Samad Bin Raja Abdullah. Raja Alang meninggal dunia pada tahun 1928.

Asalnya masjid ini mampu menampung sekitar 350 jemaah pada satu-satu masa. Namun setelah melalui beberapa pembinaan struktur bangunan telah dilakukan bagi menampung pertambahan jemaah dan kini masjid ini boleh menampung sekitar 700 jemaah pada satu-satu masa.

Masjid ini dibina hasil gabungan pengaruh rekabentuk tempatan, British dan Timur Tengah. Bahan binaan masjid ini kebanyakannya diimport dari luar negara.

Rekabentuk masjid ini juga diambil daripada pengaruh seni bina Masjid Diraja Sultan Alaeddin yang terletak di Kampung Bandar, Jugra.

Masjid ini mempunyai empat kubah utama dan 24 kubah kecil mengelilingi kubah utama. Asalnya masjid ini menggunakan atap genting akan tetapi kini sudah digantikan dengan bumbung “metal deck”.

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑