ASMAUL HUSNA – AR-RASYID (Yang Maha Memimpin Ke Arah Kebenaran) 

Asmaul Husna yang ke-98 ialah Ar-Rasyid yang bermaksud Tuhan yang menunjuk arah ke jalan yang betul. Sebagaimana firman Allah SWT;

لَآ إِكْرَاهَ فِى ٱلدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشْدُ مِنَ ٱلْغَىِّ

“Tiada paksaan dalam memilih agama. Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah.”

(Surah al-Baqarah 2:256)

Oleh kerana telah nyata dan terang antara jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT (Ar-Rusyd), begitu juga jalan yang sejahtera (Al-Ghaiy). Justeru apabila manusia telah mengetahui antara kedua-dua yang hak dan batil, maka apakah perlunya paksaan kepada orang berakal dan berilmu bagi menentukan mana satu pilihan yang terbaik?

Orang yang menuju jalan yang hak akan menerima balasan syurga, sementara orang yang mengikuti jalan yang sesat akan terjerumus ke dalam neraka. Adakah bijak jika seseorang dengan sengaja memilih jalan yang salah, sedangkan mereka tahu akibatnya ialah azab neraka?

Demikianlah Allah SWT telah menunjukkan jalan yang betul, kerana sifat Allah SWT itu ialah Ar-Rasyid, penunjuk jalan yang betul.

Apabila Allah SWT memilliki sifat Ar-Rasyid, penunjuk jalan yang betul, maka manusia perlu mengambil pengajaran daripada-Nya dan mencontohi sifat tersebut. Iaitu bekerja sebagai penunjuk kebenaran dengan mengajak menusia supaya mengikuti jalan yang betul di segenap lapangan hidup. 

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑