Singgah Sebentar di Janda Baik untuk Secawan Kopi Premium – Pinto Coffee+

Ingin lari daripada kesibukan kota raya sebentar?

Datanglah ke Pinto Coffee+ di Janda Baik, hanya kira-kira sejam perjalanan dari Kuala Lumpur. Kafe yang menghidangkan kopi premium ini terletak di tengah-tengah hutan yang tenang dan menghijau, lengkap dengan bunyi unggas yang menenangkan sebagai halwa telinga.

Nikmati saat healing di hutan bersama secawan kopi yang lazat mampu mendamaikan jiwa. Pinto Coffee+ menyajikan kopi Arabica yang ditanam sendiri di Janda Baik — menjadikan rasanya unik dan begitu istimewa.

Selain kopi premium, Pinto Coffee+ juga menawarkan pelbagai pilihan makanan seperti sandwic, hidangan pasta, keropok lekor dan banyak lagi.

Kafe ini agak tersorok di atas bukit dan dikelilingi pepohon menghijau. Apabila anda melihat papan tanda tempat letak kereta, anda boleh meletakkan kenderaan di situ dan berjalan kaki ke kafe, atau terus memandu ke atas — namun tempat letak kereta di atas adalah terhad.

Pinto Coffee+
Lot 5615, Jalan Cheringin, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Masa Operasi: Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Ahad: 10 pagi – 630 petang
Sabtu: 10 pagi – 800 malam
Isnin: TUTUP

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑