Lemang To’ki – Port Makan Lejen Di Bentong

Oleh Mymuslimin.com

Kalau singgah di Bentong, Pahang, jangan lepaskan peluang mencuba lemang lazat yang dibakar sempurna, dipadankan dengan rendang asli yang mengekalkan rasa tradisional. Sampai terangkat kening, tak hirau orang lalu-lalang! Ayam bakar di Lemang To’ki pun padu, lebih-lebih lagi bila dicicah dengan sambal asam yang menyengat. Selain lemang dan ayam bakar, ada juga pilihan sarapan seperti goreng-goreng dan roti canai. Untuk makan tengah hari, jangan lepaskan gulai tempoyak dan gulai kawah yang menjadi menu signature di sini. Nak makan kambing bakar pun boleh—perapan dia sedap, cecahan pun mantap! Ingat, kalau ke Bentong, wajib singgah sini dulu!

Lemang To’ki
Batu 2, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang
Dibuka Selasa-Ahad: 8pg-7.45mlm
Isnin tutup

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑