LENSA MYMUSLIMIN: Satu Pagi Di Taman Jaya

Oleh: Mymuslimin.com

Taman Jaya ialah destinasi riadah yang popular dalam kalangan penduduk Petaling Jaya. Terletak berhampiran Stesen LRT Taman Jaya, taman ini menawarkan suasana yang tenang dan dikelilingi oleh pelbagai jenis pokok serta sebuah tasik yang indah. Lokasinya juga berdekatan dengan Amcorp Mall dan Padang Dataran Petaling Jaya, menjadikannya mudah diakses oleh orang ramai.

Pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berjoging, berbasikal, bermain skateboard atau inline skate. Taman ini turut menempatkan Muzium Petaling Jaya, yang boleh dikunjungi untuk menambah pengetahuan sejarah tempatan. Bagi yang ingin bersantai, anda boleh menikmati pemandangan taman dan tasik sambil menjamu makanan ringan yang dijual oleh peniaga di sekitar kawasan tasik.

Taman Jaya
1, Jalan 10/7, Taman Jaya,
46000 Petaling Jaya, Selangor

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑