Ayat-Ayat Al-Quran tentang Kedamaian 

Setiap kita semua mencari ketenangan dan kedamaian dalam pelbagai cara. Kita keluar bekerja setiap hari agar tidak perlu risau tentang bagaimana untuk meneruskan kehidupan. Kita juga berehat untuk menenangkan diri dan mencari ketenteraman. 

Kadang-kadang kita keluar mengembara atau memandu jauh hanya untuk sampai ke tempat yang sunyi dan damai. Sesuatu dalam diri manusia sentiasa merindukan ketenangan kerana jiwa kita ini merindui Ilahi. Keinginan jiwa terhadap ketenangan sebenarnya sedang memimpin kita kembali kepada Allah — kerana hanya Dia yang benar-benar mampu mengurniakan kedamaian yang abadi.

هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْمَلِكُ ٱلْقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلْمُؤْمِنُ

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; 

(Surah Al-Hasyr 59:23)

ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ (٢٨)

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. 

(Surah Ar-R’ad 13:28)

يَـٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَـٰبِ قَدْ جَآءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًۭا مِّمَّا كُنتُمْ تُخْفُونَ مِنَ ٱلْكِتَـٰبِ وَيَعْفُوا۟ عَن كَثِيرٍۢ ۚ قَدْ جَآءَكُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٌۭ وَكِتَـٰبٌۭ مُّبِينٌۭ(١٥) يَهْدِى بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضْوَٰنَهُۥ سُبُلَ ٱلسَّلَـٰمِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذْنِهِۦ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ(١٦)

Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (16) Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (17)

(Surah Al-Maidah 5: 16-17)

وَٱللَّهُ يَدْعُوٓا۟ إِلَىٰ دَارِ ٱلسَّلَـٰمِ وَيَهْدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ (٢٥)

(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).

(Surah Yunus 10:25)

Salam yang kita ucapkan kepada satu sama lain ialah “Assalamualaikum” yang bermaksud “sejahtera ke atas kamu”. Ini merupakan ucapan pertama yang diajarkan kepada manusia pertama, menekankan betapa pentingnya menyebarkan kedamaian. Pada hakikatnya, apabila kita mengucapkan “Assalamualaikum”, kita menyatakan bahawa kita tidak akan mendatangkan mudarat kepada orang lain sebaliknya menjamin mereka rasa aman dan selamat.

Jiwa yang salim bukan sahaja membimbing kita menuju kedamaian di akhirat, malah membawa ketenangan dalaman di dunia ini. Apabila kita membiarkan hati kita meletakkan perkara dunia sangat penting, dipenuhi rasa iri, kebencian, dan perasaan diri lebih baik daripada orang lain, maka secara semula jadi kita jauh daripada keadaan yang damai — kerana hati kita jauh daripada sumber kedamaian yang sempurna. Hati yang dipenuhi penyakit ini tidak akan mampu tunduk sepenuhnya kepada Tuhan.

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌۭ وَلَا بَنُونَ(٨٨) إِلَّا مَنْ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلْبٍۢ سَلِيمٍۢ(٨٩)

“Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);”

(Surah Asy-Syu’araa’ 26:88-89)

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑