Restoran Betawi, TTDI – Pelbagai Sajian Indonesia yang Lazat

Oleh MyMuslimin.com

Terletak di tengah-tengah TTDI, Restoran Betawi membawa anda terus ke kota Jakarta melalui sajian asli masakan Indonesia yang kaya dengan rasa dan rempah. Bagi pencinta makanan Nusantara, restoran ini pastinya tidak akan mengecewakan.

Menu yang Pelbagai dan Menggiurkan

Antara hidangan yang menjadi pilihan ramai termasuklah Iga Bakar Nasi Bakul, Sop Buntut, Soto Betawi, Tahu Telur, Bebek (itik) Betawi, Gulai Lemak Pucuk Pakis dan Ikan Terbang. Rasa makanan di sini cukup asli,  pedas, lemak, dan dihidang dengan penuh gaya.

Apabila hidangan tempe garing disira sambal tiba, kami terus teruja kerana kelihatan sangat enak sekali. Gulai Lemak Pucuk Pakis membuat kami terasa seperti makan di kampung, dan yang paling enak ialah Ikan Terbangnya yang sangat garing, lengkap dengan pelbagai jenis sambal yang mengiringi.”

Persembahan makanan, keramahan staf, dan persekitaran yang cantik serta nyaman memang sesuai dengan harga yang ditawarkan. Restoran ini juga sangat sesuai untuk menyambut hari-hari istimewa. Ramai pelanggan memberi rave reviews terhadap hidangan Lamb Shank mereka. Jika ada bajet lebih, bolehlah cuba, satu Lamb Shank berharga RM99.

Suasana dan Servis

Reka bentuk restoran sederhana, kemas dan bersih, dengan sentuhan elemen budaya Betawi. Layanan staf yang mesra dan pantas menjadikan pengalaman makan lebih selesa. Ia sesuai untuk makan tengah hari bersama rakan sekerja atau makan malam santai bersama keluarga.

Harga dan Nilai

Harganya mungkin sedikit premium, tetapi melihat kepada rasa, saiz hidangan dan suasana yang ditawarkan, ia sememangnya berbaloi.


Jika anda merindui rasa asli masakan Indonesia, mahu mencuba sesuatu yang baharu, atau ingin meraikan hari istimewa, Restoran Betawi di TTDI wajib dikunjungi.

Restoran Betawi

31, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑