Nikmati Sandwic Foccacia Rangup Lagi Lazat di Rawtee

Oleh: MyMuslimin.com

Terletak di Jalan Sultan Ismail yang sibuk, Rawtee tampil sebagai permata tersembunyi bagi pencinta sandwic Itali ringkas tetapi enak dan berkualiti tinggi. Dengan suasana kafe yang minimalis dan tenang, Rawtee menyajikan roti foccacia yang dibakar segar setiap hari untuk diolah menjadi sandwic Itali yang sangat menggiurkan! Rotinya dibakar sempurna dan rangup untuk setiap gigitan.

Antara menu yang disediakan ialah Mortadella Bologna, sandwic ayam dengan olahan krim pistachio dan keju, Agnello Pesto sandwic daging kambing dengan tomato, arugula, dan keju mozarella serta Fichi Honey Feta sandwic daging lembu, krim pesto, buah tin dan madu. Di Rawtee, hanya roti Foccacia yang digunakan, tiada roti lain yang boleh dipilih.

Bukan sekadar kedai sandwic biasa, Rawtee menitikberatkan kualiti bahan yang digunakan dan ini menjadikan setiap gigitan satu pengalaman rasa yang memuaskan. Sama ada anda ingin singgah untuk kopi atau hidangan sandwic Itali , Rawtee adalah tempat yang wajib dikunjungi bagi mereka yang menghargai rasa, kesederhanaan dan estetika moden dalam satu ruang.

Rawtee
33, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur 
Waktu operasi:
Isnin – Jumaat (8pg-8mlm)
Sabtu – Ahad (11pg-8mlm)
(Pemilik Muslim)

#mymuslimin #jommakan #jalandanmakan #rawtee #bukitbintangeats

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑