Oleh: MyMuslimin.com
CRG (Chicken Rice Guys) bermula sebagai gerai kecil pada tahun 2014 sebelum berkembang menjadi restoran penuh berkonsepkan Chinese-style halal street food. Misi utama mereka ialah menyajikan makanan Cina halal yang autentik, tanpa MSG, serta mesra dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Antara menu istimewa yang menjadi kegemaran ramai ialah Nasi Ayam Hainan (Yin & Yang) — gabungan ayam kukus dan ayam panggang, disajikan bersama nasi wangi, sup, taugeh, serta sambal halia dan cili buatan sendiri.


Selain nasi ayam, CRG turut menawarkan pelbagai pilihan menarik seperti Wantan Mee Kicap, Itik Goreng Rempah, Mi Kari Keladi, Prawn Mee, dan Itik Panggang — semuanya digemari pelanggan yang mahukan lebih daripada sekadar nasi ayam biasa.
Menariknya, sambal cili CRG dihidang dalam botol atas meja — boleh ditambah mengikut cita rasa masing-masing. Servis pula pantas dan mesra pelanggan, menjadikan pengalaman makan di sini selesa dan menyenangkan.
CRG Chicken Rice Guys Shah Alam adalah destinasi wajib cuba bagi pencinta nasi ayam Chinese-style yang halal, asli, murah dan sedap. Tim MyMuslimin sempat mencuba Nasi Ayam Hainan, Nasi Itik Goreng Rempah, dan Wantan Goreng — semuanya memang lazat dan berbaloi!
CRG Chicken Rice Guys
40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Dibuka setiap hari 8pg-7mlm
#mymuslimin #chickenriceguys #jommakan #jalandanmakan
Leave a comment