8 Amalan Mudah Mengikut Sunnah Rasulullah

Oleh: MyMuslimin.com

Berikut adalah 8 amalan mudah mengikut sunnah Rasulullah SAW yang boleh diamalkan dalam kehidupan harian, ringan, tetapi besar ganjarannya:

1. Memberi Salam

Sunnah: Mengucapkan salam apabila bertemu sesama Muslim.

“Assalamualaikum” membuka pintu rahmat, ukhuwah dan keberkatan.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لا تَدْخُـلُوا الـجَنَّةَ حتـى تُؤمِنُوا، ولا تُؤمِنُوا حتـى تَـحابُّوا أوَلا أدُلُّكُمْ علـى شَيءٍ إذا فَعَلْتُـمُوهُ تَـحَابَبْتُـمْ؟ افْشُوا السّلامَ بَـيْنَكُمْ

Maksudnya: “Mereka tidak akan masuk syurga sehingga mereka beriman dan tidak beriman mereka itu sehingga mereka berkasih sayang. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu yang mana apabila kalian mengerjakannya nescaya kalian akan saling menyayangi sesama kalian? Sebarkanlah salam sesama kalian”.

(Riwayat Muslim, no. Hadith 81)

2. Senyum

Sunnah: Senyum adalah sedekah!

Bukan hanya menenangkan orang lain, tetapi menceriakan hati sendiri.

Diriwayatkan dari Abu Zarr r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

تَبَسُّمُك في وَجْه أَخِيك لك صدقة

Maksudnya: “Senyuman kamu di hadapan saudara kamu itu bagi kamu ialah sedekah.”

(Hadith riwayat Tirmizi)

3. Makan dengan Tangan Kanan dan Mulakan dengan Bismillah

Sunnah: Rasulullah SAW memulakan makan dengan basmalah dan makan dengan tangan kanan.

Ia membentuk adab makan yang baik dan penuh kesedaran.

Menurut hadith yang amat masyhur, Nabi SAW berpesan kepada Umar bin Abi Salamah R.A:

يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ ، وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ

Maksudnya: Wahai anakku, makanlah dengan menyebut nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang dekat dengan kamu.

(Sahih Bukhari 5376)

4. Tidur Mengiring ke Kanan

Sunnah: Rasulullah SAW tidur mengiring ke kanan dengan tangan di bawah pipi.

Ia baik untuk kesihatan dan memberi ketenangan jiwa.

Daripada al-Barra’ bin Azib, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَأْ وُضُوءَكَ للصَلاةِ، ثُمَّ اضْطَّجِعْ على شِقِّكَ الأَيْمَنِ

Maksudnya: “Jika engkau hendak menuju pembaringanmu, maka berwudhulah seperti engkau berwudhu untuk solat, kemudian berbaringlahlah di rusukmu sebelah kanan “

(Hadis riwayat al-Bukhari (247) dan Muslim (6544))

5. Bersiwak (Memberus Gigi)

Sunnah: Membersihkan mulut sebelum solat atau membaca al-Quran.

Hari ini boleh diamalkan dengan memberus gigi atau guna siwak.

Riwayat daripada Abu Hurairah RA anhu, Rasulullah SAW bersabda:

لَوْلَا أنْ أشُقَّ علَى أُمَّتي أوْ علَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بالسِّوَاكِ مع كُلِّ صَلَاةٍ

Maksudnya: Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak pada setiap sembahyang.

(Riwayat al-Bukhari 887)

6. Zikir Selepas Solat

Sunnah: Zikir ringkas seperti Subhanallah (33x), Alhamdulillah (33x), Allahu Akbar (34x).

Menenangkan jiwa dan menyuburkan ingatan kepada Allah.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Nabi Muhammad saw bersabda:

«مَنْ سَبَّحَ اللهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَحَمِدَ اللهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَكَبَّرَ اللهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ، وَقَالَ: تَمَامَ الْمِائَةِ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ»

Maksudnya: ”Sesiapa yang bertasbih pada setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 33 kali. Kesemuanya adalah sebanyak 99 kali. Dan bersabda: genapkan ke-100, dengan mengucapkan:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

maka diampunkan kesalahannya walaupun dosa tersebut sebanyak buih di lautan.”

(Riwayat Muslim)

7. Minum dalam 3 Teguk

Sunnah: Minum air dalam tiga kali teguk, tidak sekaligus.

Sunnah ini membantu penghadaman dan menanam kesedaran dalam setiap perlakuan.

Daripada Anas bin Malik RA:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَتَنَفَّسُ فِي الشَّرَابِ ثَلاَثًا وَيَقُولُ‏”‏ إِنَّهُ أَرْوَى وَأَبْرَأُ وَأَمْرَأُ ‏”‏‏.‏ قَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أَتَنَفَّسُ فِي الشَّرَابِ ثَلاَثًا

Maksudnya: Rasulullah SAW minum sebanyak tiga kali tegukan dengan tiga kali nafas, dan bersabda: Cara ini lebih menghilangka dahaga, lebih sihat dan lebih berkhasiat. Anas berkata: “Maka aku pun minum dengan tiga kali teguk dengan tiga kali nafas ketika minum”.

(Sahih Muslim 2038)

8. Mendoakan Orang Lain Secara Rahsia

Sunnah: Doa secara rahsia untuk saudara seIslam tanpa pengetahuan mereka. Malaikat akan mendoakan kembali untuk kita.

Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”.

(Riwayat Muslim 4912)

Amalan sunnah ini nampak kecil, tetapi impaknya besar di sisi Allah. Lakukanlah dengan istiqamah dan niat yang betul, insyaAllah hidup kita lebih diberkati dan menjadikan hati kita lebih tenang.

Wallahu’alam

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑