Oleh: MyMuslimin.com
Terletak di baris rumah kedai di Bandar Baru Bangi, Pagi Place menjadi tumpuan pencinta roti artisan, khususnya sourdough ataupun bahasa Melayunya roti doh masam. Dengan suasana minimalis dan nyaman, kedai ini menyajikan pelbagai pilihan roti sourdough segar setiap hari, hasil tangan pembuat roti yang teliti dan berpengalaman. Aroma roti yang baru dibakar menyambut setiap pelanggan yang melangkah masuk, menjadikan pengalaman bersarapan atau menikmati kopi di sini sesuatu yang istimewa dan memuaskan.

Lebih dari sekadar kedai roti, Pagi Place turut menjadi ruang santai untuk komuniti berkumpul dan berbual santai. Menu mereka bukan sahaja menawarkan roti sourdough klasik, tetapi juga variasi kreatif seperti sourdough dimakan dengan shakshuka (pelanggan di sini meletakkan sambal cili garing ke dalam shakshuka untuk menambah ‘kick’ hidangan ini. Hidangan lain yang popular di sini sourdough bagel berinti pull beef atau salmon croissant berinti. Atau, jika mahu fokus dengan sourdough, tempah sahaja sourdough toast. Kopi di Pagi Place juga dibru dengan baik dan sedap.
Buat penggemar roti sourdough, Pagi Place adalah port sarapan mesti-singgah buat anda! Vibe di sini juga sangat chill dan cosy, jadi bersedialah untuk lepak lama sikit
#mymuslimin #jommakan #bangi #pagiplace #jalandanmakan







Pagi Place
No. 4, Medan 9, Desa Sentosa Fasa 2, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Dibuka Khamis – Isnin, bermula 7.30pg
Leave a comment