Oleh: Mymuslimin.com
Zamira Dapur Kayu di Rembau memang port wajib singgah kalau nak rasa masakan kampung “homecooked” dengan suasana santai di tepi sungai. Menu dia meriah — dari lauk gulai daging salai, rendang daging, asam pedas jenahak sampai ke gulai siput sedut, semuanya dimasak segar atas dapur kayu yang memberikan aroma padu.
Terdapat juga gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai jenis jajan, malah ada peniaga petai yang berjalan dari meja ke meja menawarkan petai segar — seikat lima papan hanya RM10. Di Zamira sendiri, pelbagai makanan siap pek turut dijual untuk dibawa pulang. Suasana bertambah meriah dengan persembahan busker yang mendendangkan lagu-lagu nostalgia, menambah lagi rasa santai dan mesra di sini.







No 49, Jalan Tampin, Pekan Pedas, 71400 Rembau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Isnin: 10:30 – 16:30
Selasa & Rabu tutup
Khamis & Jumaat: 11:00 – 16:30
Sabtu & Ahad: 10:30 – 16:30
mymuslimin #jalandanmakan #zamiradapurkayu
Leave a comment