Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda,
“Mahukah kalian Aku tunjukkan orang yang Haram baginya Tersentuh Api Neraka?” Para sahabat berkata, “Mahu, wahai Rasulullah!” Beliau menjawab: “Yang Haram tersentuh Api Neraka adalah orang yang Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban)
Hadis ini menjelaskan bahawa orang-orang yang memiliki sifat-sifat ini akan dijauhkan dari seksa api neraka.
Siapakah golongan ini?
Hayyin
Mereka yang memiliki ketenangan jiwa, tidak mudah marah atau emosi, serta selalu berhati-hati dalam bertindak dan berbicara. Mereka juga tidak suka mengutuk kelemahan dan keburukan orang lain. Jiwanya sangat teduh dan tenang.
Layyin
Orang yang lemah lembut dalam bertutur kata dan bersikap, tidak kasar, dan tidak suka memaksakan kehendak kepada orang lain. Walaupun berbeza pendapat, mereka ini tidak mudah marah.
Qarib
Orang yang ramah, mudah diajak bicara, selalu menebarkan senyum dan salam, serta disenangi oleh orang-orang di sekitarnya.
Sahl
Orang yang mudah dalam segala urusan, tidak mempersulit orang lain, dan selalu berusaha untuk membantu orang lain.
Marilah kita berusaha untuk mempunyai sifat-sifat dan sikap 4 golongan ini.
Wallahu’alam.
Leave a comment