12 Jenis Hati yang Sakit Menurut Al-Qur’an

Oleh: Mymuslimin.com

Al-Qur’an sering menggambarkan keadaan hati manusia, ada yang tenang, ada yang keras, dan ada juga yang sakit. Dalam artikel ini, kita akan meneliti 12 jenis hati yang sakit menurut Al-Qur’an, agar kita dapat mengambil iktibar dan memperbaiki diri.

 1. Hati yang Berpenyakit

Hati di sini merujuk kepada hati yang cenderung kepada menurut nafsu syahwat, perangai buruk, dan kerosakan moral.

ﻓَﻴَﻄْﻤَﻊَ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﻓِﻲ ﻗَﻠْﺒِﻪِ ﻣَﺮَﺽٌ

“Sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya.”

(Surah Al-Ahzab 73:32)

2. Hati yang Buta

Ayat ini menegaskan bahawa kebutaan yang paling parah ialah kebutaan hati, iaitu apabila hati gagal mengenali kebenaran, menolak petunjuk, dan tidak mahu mengambil pengajaran daripada tanda-tanda Allah.

ﻓَﺈِﻧَّﻬَﺎ ﻟَﺎ ﺗَﻌْﻤَﻰ ﺍﻟْﺄَﺑْﺼَﺎﺭُ ﻭَﻟَٰﻜِﻦْ ﺗَﻌْﻤَﻰ ﺍﻟْﻘُﻠُﻮﺏُ ﺍﻟَّﺘِﻲ ﻓِﻲ ﺍﻟﺼُّﺪُﻭﺭِ

“Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.” (Surah Al-Hajj 22:46)

 3. Hati yang Lalai

Ayat ni menggambarkan golongan yang mendengar Al-Qur’an tetapi hati mereka tidak hadir. Walaupun telinga mendengar bacaan, hati mereka kosong dan tidak tersentuh.

ﻟَﺎﻫِﻴَﺔً ﻗُﻠُﻮﺑُﻬُﻢ

“Hati mereka dalam keadaan lalai.”

(Surah Al-Anbiya’ 21:3)

4. Hati yang Berdosa

Hati berdosa (آثم قلبه) ialah hati yang mengkhianati kebenaran, memilih untuk menutupinya walaupun dia tahu perkara sebenar.

ﻭَﻟَﺎ ﺗَﻜْﺘُﻤُﻮﺍ ﺍﻟﺸَّﻬَﺎﺩَﺓَ ﻭَﻣَﻦْ ﻳَﻜْﺘُﻤْﻬَﺎ ﻓَﺈِﻧَّﻪُ ﺁﺛِﻢٌ ﻗَﻠْﺒُﻪ

“Dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan kesaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya.”

(Surah Al Baqarah 2:283)

 5. Hati yang Sombong

Ayat ini menerangkan tentang hati yang sombong , hati yang menolak kebenaran kerana rasa diri lebih hebat. Orang yang berhati sombong ini sewenang-wenang dengan zalim  menggunakan kuasa atau kedudukan untuk menindas dan menolak kebenaran.

ﻛَﺬَٰﻟِﻚَ ﻳَﻄْﺒَﻊُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻰٰ ﻛُﻞِّ ﻗَﻠْﺐِ ﻣُﺘَﻜَﺒِّﺮٍ ﺟَﺒَّﺎﺭٍ

“Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang wenang.”

(Surah Ghafir 40:35)

 6. Hati yang Kasar

Merujuk pada hati yang keras, tidak lembut, tidak berperikemanusiaan. Sifat ini menjauhkan manusia daripada kita kerana mereka merasa tidak disayangi atau dihargai.

ﻭَﻟَﻮْ ﻛُﻨْﺖَ ﻓَﻈًّﺎ ﻏَﻠِﻴﻆَ ﺍﻟْﻘَﻠْﺐِ ﻟَﺎﻧْﻔَﻀُّﻮﺍ ﻣِﻦْ ﺣَﻮْﻟِﻚ

“Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Surah Ali Imran 3:159)

7. Hati yang Terkunci

Hati yang terkunci ialah hati yang tidak lagi terbuka menerima kebenaran kerana memilih tunduk kepada hawa nafsu. Tanda kekerasan hati ini berpunca daripada sikap enggan tunduk kepada petunjuk Allah.

ﻭَﺧَﺘَﻢَ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻤْﻌِﻪِ ﻭَﻗَﻠْﺒِﻪ

“Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya.”

(Surah Al-Jathiyah 45:23)

 8. Hati yang Keras

Hati keras membatu bermaksud hati yang tidak lagi lembut dengan nasihat, tidak terkesan oleh peringatan, malah berdegil. Ia muncul sebagai akibat melanggar perjanjian dengan Allah dan mengubah kebenaran. Hati keras ini tidak mudah tunduk kepada kebenaran, bahkan sering menolak kebenaran yang jelas.

ﻭَﺟَﻌَﻠْﻨَﺎ ﻗُﻠُﻮﺑَﻬُﻢْ ﻗَﺎﺳِﻴَﺔً

“Dan Kami jadikan hati mereka keras membatu.”

(Surah al-Ma’idah 5:13)

9. Hati yang Lalai

Hati lalai ialah hati yang jauh dari mengingati Allah, tidak peka kepada kebenaran, dan mudah ditipu oleh hawa nafsu. Bila hati lalai, ia akan cenderung kepada keseronokan dunia dan mengabaikan akhirat. Allah SWT melarang kita menjadikan orang yang hatinya lalai ini sebagai ikutan kerana ia membawa kepada kebinasaan.

ﻭَﻟَﺎ ﺗُﻄِﻊْ ﻣَﻦْ ﺃَﻏْﻔَﻠْﻨَﺎ ﻗَﻠْﺒَﻪُ ﻋَﻦ ﺫِﻛْﺮِﻧَﺎ

“Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami. ”

(Surah Al-Kahfi 18:38)

10. Hati yang Tertutup

Hati yang tertutup ialah hati yang mendakwa tidak mampu menerima kebenaran kerana sudah ‘tertutup’. Namun, hakikatnya hati mereka tidak mahu menerima hidayah kerana kedegilan dan kekufuran. Allah SWT menegaskan bahawa penolakan itu bukan kerana hati benar-benar tertutup secara semula jadi, tetapi kerana mereka membangkang kebenaran.

ﻭَﻗَﺎﻟُﻮﺍ ﻗُﻠُﻮﺑُﻨَﺎ ﻏُﻠْﻒٌ

Dan mereka berkata: “Hati kami tertutup”.

(Surah Al-Baqarah 2:88)

11. Hati yang Jauh (dari kebenaran)

Hati yang menyimpang, cenderung kepada kebatilan. Golongan ini gemar menimbulkan kekeliruan dengan mempermainkan ayat-ayat mutasyabihat (ayat samar). Tujuan mereka adalah mencipta fitnah atau menyesatkan orang lain.

ﻓﺄَﻣَّﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻓﻲ ﻗُﻠُﻮﺑِﻬِﻢْ ﺯَﻳْﻎٌ

“Adapun orang orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan.”

(Surah Ali Imran 3:7)

 12. Hati yang Ragu

Hati yang ragu-ragu adalah hati yang tidak teguh dengan iman, lalu terombang-ambing mengikut keadaan. Ia tidak memberi ketenangan, sebaliknya mengheret pemiliknya ke dalam kebimbangan yang berpanjangan.

ﺍﻧَّﻤَﺎ ﻳَﺴْﺘَﺄْﺫِﻧُﻚَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻟَﺎ ﻳُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺍﻟْﻴَﻮْﻡِ ﺍﻟْﺂﺧِﺮِ ﻭَﺍﺭْﺗَﺎﺑَﺖْ ﻗُﻠُﻮﺑُﻬُﻢْ ﻓَﻬُﻢْ ﻓِﻲ ﺭَﻳْﺒِﻬِﻢْ ﻳَﺘَﺮَﺩَّﺩُﻭﻥ

Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keraguannya.

(Surah At-Taubah 9:45)

Kesimpulan

Al-Qur’an menggambarkan pelbagai jenis hati yang sakit, antaranya lalai, ragu-ragu, keras, tertutup, condong kepada kesesatan dan sombong. Semua ini menjadi peringatan bahawa hati manusia boleh berubah jika tidak dipelihara dengan iman dan zikrullah. Oleh itu, tugas kita ialah menjaga hati agar sentiasa lembut, tenang, dan terhubung dengan Allah, kerana hati yang bersih adalah kunci kepada kebahagiaan dunia dan keselamatan akhirat.

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑