Apakah Kelebihan Aktiviti Brisk Walk?

Oleh: Mymuslimin.com

Kalau dulu masa muda, joging laju-laju tu rasa macam hero. Sekarang… lutut dah mula hantar memo. Jadi jawapannya? Brisk walk.

Jangan pandang rendah. Aktikiti berjalan cepat ni:

  • Jaga jantung & paru-paru,
  • Bakar kalori tanpa buat muka nazak,
  • Kuatkan otot & tulang,
  • Lagi best, boleh buang stress sambil layan podcast lama-lama (hello, Nouman Ali Khan).

Tak perlu gim, tak perlu peranti pelik. Cukup kasut dan mood nak bergerak. 30 minit sehari pun dah cukup.

Brisk walk ni senaman paling realistik — lebih-lebih lagi bila umur dah masuk kategori veteran. Joging boleh tunggu, yang penting kita steady jalan dulu.

mymuslimin #briskwalk

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑