Oleh: Mymuslimin.com
Dulu bangunan ini sebuah kedai perabot Cina, ditinggalkan begitu sahaja lebih dua tahun selepas pemiliknya meninggal dunia. Bangunannya pula memang penuh karakter — sebuah binaan pra-perang yang dibina sekitar 1930-an.
Kafe Inchum & Aziz di Beranang ini menawarkan suasana nostalgia dengan dekorasi vintaj dan lagu-lagu Melayu lama. Menu seperti Bihun Sup Nek Hijir, Mee Kicap Nek Kedong dan nasi lemak sambal pedas menjadi tarikan utama, sementara kopi O dan biskut tradisional disajikan percuma kepada pelanggan.
Lebih istimewa lagi, kafe ini hanya dibuka pada hujung minggu, Sabtu dan Ahad, menjadikan setiap kunjungan terasa istimewa.




Kafe Inchum & Aziz
154, Jalan Semenyih, Beranang, 43700 Beranang, Selangor
Dibuka Sabtu & Ahad, 9.30pg-4.30ptg
Leave a comment