Kenali Masjid: Masjid India Muslim, Ipoh

Oleh: Mymuslimin.com

Masjid India Muslim Ipoh mula dibina pada tahun 1905 atas usaha komuniti pekerja India yang dibawa masuk oleh seorang tokoh hartawan India Muslim, Shaik Adam Mohammad Ghaus. Beliau bukan calang-calang orang – pengasas Kinta Ice Works dan Kinta Aerated Water Factory, serta dipercayai pembekal tunggal ais di Ipoh ketika itu.

Masjid ini siap pada tahun 1908 dengan reka bentuk yang dipengaruhi Diwan-i-Khas di Red Fort, Delhi. Senibinanya bercirikan gaya Moghul atau Chitya Indian, berbentuk segi empat dengan bumbung rata berteres serta serambi di sisi bangunan. Antara ciri paling menonjol ialah lengkungan berukir berbentuk scallop cusped arches yang mengelilingi masjid, menjadikannya bukan sahaja pusat ibadah tetapi juga khazanah seni bina bersejarah di tengah bandar Ipoh.

Jalan S.P Seenivasagam,
30000 Ipoh, Perak

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑