Statistik Pelancongan 2024 Paling Mengujakan: Selangor, KL & Perak Jadi Tumpuan

Oleh: Mymuslimin.com

Tahukah anda, Selangor kini menjadi juara destinasi pelancongan domestik Malaysia untuk tahun 2024? Menurut statistik terkini, lebih 34.5 juta pengunjung tempatan memilih Selangor, diikuti Kuala Lumpur (27 juta) dan Perak (21.8 juta). Menariknya, Perak mencatatkan peningkatan terbesar — melonjak 36.1% kepada 10.2 juta pelawat berbanding tahun sebelumnya. Tak hairanlah, sebab negeri ini memang penuh dengan tarikan warisan, makanan tradisi dan destinasi alam semula jadi yang semakin digemari.

Lebih hebat lagi, Selangor turut mendahului dari segi hasil pelancongan dengan RM14.2 bilion, sementara Kuala Lumpur rapat di belakang dengan RM14.1 bilion. Aktiviti membeli-belah kekal nombor satu, mencatat RM39.9 bilion secara keseluruhan, diikuti makanan & minuman sebanyak RM17.3 bilion. Jadi kalau anda suka shopping di mall mewah KL, atau menikmati makanan jalanan popular di Selangor dan Perak, anda sebenarnya sedang menyumbang kepada angka yang menggerakkan industri pelancongan negara!

Sumber: DOSM

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑