Oleh: Mymuslimin.com
Kalau ke Seremban, memang tak lengkap tanpa singgah di Haji Shariff Cendol — bukan sekadar cendol legend, tapi juga sebahagian daripada sejarah bandar ini sejak 1930 lagi!
Bermula dengan arwah Abdullah Mohamad Ibrahim berniaga secara kecil-kecilan di Lorong Jawa, resipi turun-temurun ini kini sudah masuk generasi ketiga dan kekal menjadi kegemaran ramai. Santan lemak manis, gula Melaka kaw, topping pulut/jagung/kacang merah serta rojak kuah kacang padu menjadikan kombo ini wajib cuba setiap kali ke Seremban.


Haji Shariff Cendol
No 44, Jalan Yam Tuan, Bandar Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Dibuka 10.30pg-5ptg (Jumaat tutup)
Leave a comment