Oleh: Mymuslimin.com
Terletak di Semenyih, Mai Kolam Kitchen adalah sebuah restoran santai yang hanya dibuka hujung minggu (Jumaat hingga Ahad). Apa yang membuatkannya istimewa adalah pemandangan belakang restoran, sebuah kolam ikan kampung, memberikan suasana kampung yang damai dan tenang.
Menu di sini penuh dengan hidangan klasik Melayu yang sering dihidangkan pada zaman dahulu seperti lempeng, cekodok dan banyak lagi. Terdapat juga sup cendawan (bukan hidangan klasik Melayu) yang dihidang dengan roti perancis dan hidangan mi sup.
Mai Kolam Kitchen menyajikan hidangan harga mesra rakyat iaitu hidangan enak dengan portion yang besar tetapi tidak mahal. Suasana juga nyaman dan servis mesra. Tetapi janganlah datang di hari kerja kerana restoran ini dibuka Jumaat dan hujung minggu sahaja.



Mai Kolam Kitchen, Semenyih
Dibuka Sabtu & Ahad: 7.30pg-11pg & 4ptg-10mlm
Jumaat: 4ptg-10mlm
Leave a comment