إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا(٣٠)
“Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.”
(Surah Al-Kahf 18:30)
Jaminan ganjaran abadi
Ayat ini memberi jaminan daripada Allah SWT bahawa setiap amal baik yang dilakukan oleh orang beriman tidak akan diabaikan. Ini menguatkan kepercayaan bahawa usaha menuju kebaikan akan dibalas, walaupun di dunia kita mungkin tidak melihat hasilnya secara segera.
Motivasi untuk melakukan amal yang ikhlas
Lakukanlah amal dengan ikhlas kerana usaha yang “paling baik” (aḥsana) ini akan diangkat, ini mendorong seseorang agar tidak sekadar beramal separuh jalan. Menjadi nasihat agar memperbaiki dan menambah kualiti amal, tidak sekadar untuk dipandang manusia dan masyarakat , tetapi untuk mendapat redha Allah.
Keseimbangan iman dan amal
Keimanan (percaya) tanpa amal menjadi tidak lengkap, sementara amal tanpa keimanan menjadi kosong nilainya. Ayat ini menyatukan kedua-duanya: mereka yang “beriman dan beramal soleh” akan mendapat jaminan pahala.
Pengharapan dan ketenangan jiwa
Ayat ini memberi keyakinan bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan usaha kita dalam beramal kepada-Nya. Di saat susah, kegagalan, atau kekecewaan, ayat ini boleh menjadi sumber harapan kepada manusia yang beriman kepada-Nya.
Renungan Praktikal
- Apakah amalan harian termasuk dalam kategori amal soleh yang konsisten dan berkualiti? Jika belum, apakah usaha kita untuk menambahnya?
- Jangan mengabaikan usaha kecil kita walaupun sekadar memberi senyuman, sedekah, doa, kerana segalanya akan dihitung sebagai amalan yang baik.
- Jadikan ayat ini sebagai penguat harapan di ketika kita berasa lelah, penat atau kecewa melakukan amal kebaikan di dunia kerana kita yakin segalanya bukan sia-sia.
Wallahu’alam
Leave a comment